Malaysia legislation

Section 47

of AKTA KEWANGAN 1983

Seksyen 47

Seksyen 9 Akta ibu adalah dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas sahaja subseksyen (2), subseksyen baru (3), (4), (5) dan (6) yang berikut:

"(3) Jika seseorang yang tidak dilesenkan mengimport barang-barang kena cukai bagi pihak dan untuk diserahkan kepada pengilang berlesen, orang itu boleh menyerahkan apa-apa barang sebagaimana diluluskan oleh Ketua Pengarah bebas dari cukai jualan dengan syarat orang itu diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk mengimport barang-barang itu bagi pihak dan untuk diserahkan kepada pengilang berlesen bebas dari cukai jualan, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana ditetapkan.

(4)

Jika seseorang yang tidak dilesenkan memperolehi barang-barang kena cukai dari pengilang berlesen bagi pihak dan untuk diserahkan kepada suatu pengilang berlesen lain, orang itu boleh memperolehi dan menyerahkan apa-apa barang sebagaimana diluluskan oleh Ketua Pengarah bebas dari cukai jualan dengan syarat orang itu diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk memperolehi barang-barang itu dari pengilang berlesen bagi pihak dan untuk diserahkan kepada suatu pengilang berlesen yang lain bebas dari cukai jualan, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana ditetapkan.

(5)

Jika suatu pengilang benlesen menghendaki suatu pengilang berlesen yang lain supaya menyiapkan pengilangan barang-barang bercukai, pengilang yang pertama tersebut itu boleh mendapatkan balik barang-barang itu sebagaimana diluluskan oleh Ketua Pengarah bebas dari cukai jualan, dengan syarat pengilang itu diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk mendapatkan balik barang-barang itu bebas dari cukai jualan, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana ditetapkan dan bagi maksud Akta ini barang-barang itu hendaklah ditafsirkan sebagai sedang dikilang oleh pengilang yang pertama tersebut itu.

(6)

Jika pengilang berlesen memperolehi barang-barang kena cukai yang dideposit atau disimpan dalam gudang kastam atau suatu gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967, pengilang itu mungkin menghendaki apa-apa barang sebagaimana diluluskan oleh Ketua Pengarah bebas dari cukai jualan, dengan syarat pengilang itu diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk memperolehi barang-barang itu dari gudang kastam atau gudang berlesen bebas dari cukai jualan dengan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana ditetapkan.";

(b)

dengan menomborkan semula subseksyen (3) yang sedia ada sebagai subseksyen baru (7); dan

(c)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "atau sekshen-kechil (2)" dalam subseksyen (7) dengan perkataan-perkataan ",(2),(3),(4), (5) or (6)".