Malaysia legislation

Section 50

of AKTA KEWANGAN 1983

Seksyen 50

Seksyen 23 Akta ibu adalah dipinda—

(a)

dengan menomborkannya semula sebagai sub-seksyen (1) dalam seksyen itu; dan

(b)

dengan menambah selepas sahaja subseksyen (1), subseksyen baru (2) yang berikut:

"(2) Dalam apa-apa guaman untuk mendapatkan cukai jualan dan penalti, jika ada, di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah dengan memberi nama dan alamat orang kena cukai dan amaun cukai jualan dan penalti, jika ada, yang kena dibayar olehnya hendaklah menjadi kuasa yang cukup untuk Mahkamah memberi penghakiman untuk amaun yang sama banyaknya.".