Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Seksyen 74 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan subperenggan (i) dan (ii) subseksyen (1), dengan subperenggan baru (i) dan (ii) yang berikut:
"(i) apabila disabitkan kali pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti itu atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana yang kecil, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti itu atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana yang lebih besar:
Dengan syarat bahawa jika tidak melibatkan duti atau amaun duti tidak dapat dipastikan, penalti itu boleh terjumlah kepada denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan