Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA MANUVER TENTERA 1983

Seksyen 12

(a)

mengeluarkan semua orang yang tidak mengambil bahagian dalam manuver tentera itu daripada keseluruhan

Manuver Tentera

11

atau mana-mana bahagian kawasan tembak pada masa manuver tentera itu sedang dijalankan;

(b)

mengawal kelakuan mana-mana orang yang dibenarkan berada dalam kawasan tembak pada masa manuver tentera itu sedang dijalankan; dan

(c)

menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan olah Akta ini.

(2)

Semua kaedah tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta dan salinannya hendaklah ditampalkan sekurang-kurangnya di tiga tempat yang mudah dilihat dalam atau berhampiran dengan kawasan manuver atau kawasan tembak itu.

(3)

Jika sesuatu kawasan yang baginya kaedah-kaedah ini terpakai mengandungi apa-apa laut atau perairan pasang surut, atau pantai bagi laut atau perairan pasang surut itu, dan sempadan kawasan itu tidak mudah, pada pendapat Majlis Angkatan Tentera, ditanda dengan tanda tetap, sempadan itu hendaklah diperihalkan dalam kaedah-kaedah itu dan hendaklah disifatkan telah ditanda dengan secukupnya bagi maksud Akta ini jika, pada masa kawasan itu sedang digunakan bagi maksud tentera, langkah yang mencukupi adalah diambil untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memasuki kawasan itu.

Penalti bagi pelanggaran kaedah-kaedah