/akn/my/act/act/1983/295
*AKTA MANUVER TENTERA 1983
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1983
- Sections
- 15
- Languages
- MS · EN
Quick answer
About this act
*AKTA MANUVER TENTERA 1983 is Malaysia Act, cited as Act 295 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta untuk menyatukan undang-undang berhubungan dengan manuver tentera. [1 Oktober 1984, P.U. (B) 443/1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“angkatan pelawat” ertinya apa-apa badan, kontinjen atau detasmen angkatan sesuatu negara yang sedang berada dengan sahnya di sisi undang-undang di Malaysia menurut sesuatu triti, perjanjian atau perkiraan yang Kerajaan Malaysia menjadi pihak;
“kawasan manuver” ertinya mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 di mana manuver tentera boleh dijalankan;
“kawasan tembak” ertinya mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 untuk menjalankan latihan meriam atau senapang, tembakan di udara,
5
latihan menggugurkan bom atau menggugurkan torpedo termasuk menggunakan apa-apa senjata yang ditembakkan di darat, dari laut atau dari pesawat udara dalam penerbangan;
“Majlis Angkatan Tentera” ertinya Majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan;
“manuver tentera” ertinya apa-apa atur kedudukan askar, senjata api, kenderaan, kapal atau pesawat udara yang dijalankan di mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut, pantai atau udara oleh angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat;
“Pemungut” ertinya di Semenanjung Malaysia dan Sabah,
*“Pemungut” sebagaimana ditakrifkan masing-masingnya dalam
Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965] dan Ordinan Tanah
Sabah [Sabah Bab 68], dan di Sarawak, “Pengarah” sebagaimana ditakrifkan dalam Kanun Tanah Sarawak [Swk. Bab 81].
Seksyen 3
Pengisytiharan kawasan manuver atau kawasan tembak
Berkuasa Negeri yang berkenaan di mana manuver tentera akan diadakan, boleh dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mengisytiharkan bahawa mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu hendaklah menjadi kawasan manuver atau kawasan tembak dan, boleh dari semasa ke semasa, dengan cara yang sama, mengisytiharkan bahawa kawasan itu hendaklah terhenti dari menjadi kawasan manuver atau kawasan tembak, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seksyen 4
Kuasa Ketua Turus Angkatan Tentera untuk membenarkan latihan manuver dijalankan
(a)
untuk membenarkan manuver tentera dijalankan bagi maksud latihan di mana-mana bahagian kawasan manuver pada bila-bila masa;
________________________________________________________
*CATATAN-Rujukan kepada
“Pemungut” kini ditafsirkan sebagai “Pentadbir
Tanah” -
lihat seksyen 3 Kanun Tanah Negara (Pindaan) 1984 [Akta A587].
6
Undang-Undang Malaysia
Akta 295
(b)
untuk mengarahkan supaya manuver tentera dijalankan dalam kawasan manuver tanpa memberi notis yang dikehendaki oleh subseksyen 5(1);
(c)
untuk menyebabkan, pada bila-bila masa, latihan menembak sama ada di darat, dari laut atau dari udara, eksperimen dalam mengendalikan meriam, apa-apa perbuatan atau amalan yang bersampingan dengan latihan atau eksperimen itu, latihan mengebom atau torpedo atau manuver tentera lain dijalankan di kawasan tembak, dengan memberi tidak kurang daripada tujuh hari notis mengenainya kepada penduduk tanah di mana latihan, eksperimen, perbuatan atau amalan itu akan dijalankan, dengan mengibarkan suatu bendera merah di suatu tempat yang mudah dilihat dalam kawasan tembak itu; dan
(d)
untuk menyebabkan dibuang mana-mana bangunan atau tumbuhan dalam kawasan tembak itu yang mungkin menghalang atau menganggu perjalanan sepenuhnya hak yang diberi oleh Akta ini, dan untuk melarang apa-apa bangunan baru didirikan atau tumbuh-tumbuhan ditanam dalam kawasan tembak tersebut.
Notis Manuver Tentera
Seksyen 5
(2)
Notis itu hendaklah juga menyatakan suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada satu bulan dari tarikh tamatnya menuver tentera itu untuk menghantar tuntutan pampasan yang berbangkit daripada penguatkuasaan mana-mana peruntukan Akta ini kepada Ketua
Setiausaha Kementerian Pertahanan.
(3)
Kerajaan Negeri hendaklah menyebabkan salinan notis itu ditampalkan di setiap kampung dan di tempat lain yang sesuai dalam
Manuver Tentera
7
kawasan yang tersebut dalam notis itu, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh yang dinyatakan bagi permulaan manuver tentera itu.
Bila notis tidak diperlukan
Seksyen 6
Apabila bilangan askar yang akan mengambil bahagian dalam manuver tentera itu tidak melebihi seribu orang, notis yang tersebut dalam subseksyen 5(1) adalah tidak perlu, dengan syarat bahawa jika notis tidak diberi, manuver tentera itu tidak boleh dijalankan melebihi tempoh empat puluh lapan jam.
Seksyen 7
Kuasa orang yang mengambil bahagian dalam manuver tentera
(a)
lalu dan berkhemah, membina kerja tentera bukan berbentuk tetap dan menjalankan manuver tentera atas mana-mana tanah; dan
(b)
mengambil bekalan air dari apa-apa sumber awam atau persendirian, dan bagi maksud itu boleh mengempang sesuatu aliran air:
Dengan syarat bahawa pengempangan itu tidak menggangu apa-apa perdagangan atau perindustrian.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini membenarkan―
(a)
air diambil dari sesuatu sumber bekalan kepunyaan pemunya persendirian atau pihak berkuasa awam, selain bekalan yang ditunjukkan sebagai dikehendaki oleh mereka yang berhak menggunakan bekalan air itu menurut
Akta ini; dan
(b)
mana-mana rumah kediaman, tempat sembahyang, sekolah, kilang, stor atau premis yang digunakan untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau pengilangan atau mana-mana kawasan yang bersampingan dengan mana-
8
Undang-Undang Malaysia mana tempat ibadat atau sekolah atau mana-mana premis yang dilingkungi atau bersampingan dengan sesuatu rumah kediaman, dimasuki atau diganggui.
(3)
Apabila tamatnya sesuatu manuver tentera, semua kerja tentera, empangan atau struktur lain yang dibuat atau dilakukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuang dan apa-apa kerosakan yang dilakukan terhadap harta hendaklah dibaiki dan harta itu ditinggalkan dalam keadaan hampir sama sebagaimana keadaannya sebelum manuver tentera itu.
Manuver tentera dan latihan menembak tidak boleh dijalankan di dalam kawasan tadahan kerja air
Seksyen 8
Tiada sesuatu manuver tentera atau latihan menembak boleh dijalankan dan tiada sesuatu perkhemahan tentera boleh dibuat atas mana-mana tanah yang menjadi sebahagian daripada kawasan tadahan berkaitan dengan kolam empangan sesuatu kerja raya air atau atas mana-mana tanah yang dikhaskan untuk menakung air bagi bekalan mana-mana kerja raya air.
Seksyen 9
Kesalahan
(a)
yang dengan sengaja dan secara salah di sisi undang-undang mengganggu perjalanan manuver tentera itu; atau
(b)
yang tanpa kebenaran wajar memasuki atau berada dalam sesuatu khemah, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan orang itu serta mana-mana binatang atau kenderaan di bawah jagaannya boleh dipindahkan oleh mana-mana pegawai polis atau dengan perintah mana-mana pegawai tentera bertauliah angkatan yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu.
(2)
Jika semasa berjalannya sesuatu manuver tentera mana-mana orang―
Manuver Tentera
9
(a)
tanpa kebenaran wajar, memindahkan sesuatu bendera atau tanda lain, yang menunjukkan mana-mana tanah bagi maksud manuver tentera itu; atau
(b)
dengan niat jahat memotong atau merosakkan apa-apa dawai telegraf atau telefon yang direntangi oleh atau bagi kegunaan tentera yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Pampasan bagi kerosakan
Seksyen 10
(2)
Pampasan hendaklah dibayar kepada semua orang yang menghantar tuntutan mereka kepada Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan di bawah subseksyen 5(2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, jika tiada notis tersebut, dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamatnya manuver tentera itu.
(3)
Sebagai tambahan kepada apa-apa pampasan dengan kerosakan yang boleh diawardkan pampasan di bawah subseksyen
(2)
, pampasan hendaklah juga dibayar kepada pemunya atau penduduk tanah atau kedua-duanya mengenai tanah dalam sesuatu kawasan tembak ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang berbangkit dari tanah yang dipunyai atau diduduki oleh mereka yang diisytiharkan dan digunakan sebagai kawasan tembak di bawah Akta ini.
10
Undang-Undang Malaysia
(4)
Pampasan itu hendaklah, melainkan jika dipersetujui selainnya, dibayar sebagai sewa tahunan yang kena dibayar kepada setiap orang yang berhak mendapat pampasan itu selagi tanah yang dibayar pampasan itu terus menjadi kawasan tembak.
(5)
Amaun pampasan adalah sebagaimana yang dipersetujui antara ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan pihak menuntut, dan jika amaun pampasan tidak dapat diputuskan melalui perjanjian, tuntutan itu hendaklah dikemukakan kepada Pemungut bagi daerah itu dan Pemungut hendaklah selepas menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya patut, menetapkan amaun pampasan yang kena dibayar.
(6)
Mana-mana pihak menuntut yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pemungut boleh, tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh keputusan itu, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut peruntukan undang-undang timbang tara yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Had masa bagi tuntutan pampasan
Seksyen 11
(2)
Tiada apa-apa pampasan boleh diberi bagi apa-apa bangunan yang didirikan atau mula didirikan selepas kaedah-kaedah di bawah seksyen 12 ditampalkan.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
Seksyen 12
(a)
mengeluarkan semua orang yang tidak mengambil bahagian dalam manuver tentera itu daripada keseluruhan
Manuver Tentera
11
atau mana-mana bahagian kawasan tembak pada masa manuver tentera itu sedang dijalankan;
(b)
mengawal kelakuan mana-mana orang yang dibenarkan berada dalam kawasan tembak pada masa manuver tentera itu sedang dijalankan; dan
(2)
Semua kaedah tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta dan salinannya hendaklah ditampalkan sekurang-kurangnya di tiga tempat yang mudah dilihat dalam atau berhampiran dengan kawasan manuver atau kawasan tembak itu.
(3)
Jika sesuatu kawasan yang baginya kaedah-kaedah ini terpakai mengandungi apa-apa laut atau perairan pasang surut, atau pantai bagi laut atau perairan pasang surut itu, dan sempadan kawasan itu tidak mudah, pada pendapat Majlis Angkatan Tentera, ditanda dengan tanda tetap, sempadan itu hendaklah diperihalkan dalam kaedah-kaedah itu dan hendaklah disifatkan telah ditanda dengan secukupnya bagi maksud Akta ini jika, pada masa kawasan itu sedang digunakan bagi maksud tentera, langkah yang mencukupi adalah diambil untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memasuki kawasan itu.
Penalti bagi pelanggaran kaedah-kaedah
Seksyen 13
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 12 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Seksyen 14
Pemansuhan
[NMB. Bab 43], Ordinan Manuver Tentera Negeri-Negeri Selat
[N.S.
Bab 103],
Ordinan
Manuver
Tentera
Sabah 1959
[Ordinan Sabah 26 tahun 1959] dan Ordinan Manuver Tentera
Sarawak [Ordinan Swk. Bab 23] adalah dimansuhkan.
12
Undang-Undang Malaysia
Jadual
JADUAL
BORANG A
[Seksyen 5]
NOTIS MANUVER TENTERA
Adalah dengan ini diberitahu bahawa suatu manuver tentera akan dijalankan di tempat yang diperihalkan di bawah, termasuk tanah, jika ada, yang dinyatakan mengikut nombor lot atau mengikut nombor lot tanah yang berhampiran, selama tempoh.....................................hari mulai dari..............................................haribulan
......................20..............
2. Adalah diberitahu selanjutnya bahawa mana-mana pemunya atau penduduk tanah yang mengalami kerugian atau kerosakan akibat manuver tentera ini dan yang berhasrat hendak membuat tuntutan pampasan bagi kerugian atau kerosakan itu boleh mengemukakan tuntutannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, dalam tempoh enam bulan daripada tamatnya manuver tentera itu.
Bertarikh pada .....................haribulan....................20....................
Daerah ..........................................
Mukim
Pekan ....................................................
Perihal tempat itu ...........................................
............................................................................
Manuver Tentera 13
Akta 295
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
14
Akta 295
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
15
Common questions
- What is AKTA MANUVER TENTERA 1983?
- *AKTA MANUVER TENTERA 1983 is Malaysia Act, cited as Act 295 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
- Is AKTA MANUVER TENTERA 1983 still in force?
- Yes — AKTA MANUVER TENTERA 1983 is currently in force.
- When did AKTA MANUVER TENTERA 1983 take effect?
- AKTA MANUVER TENTERA 1983 was first recorded in 1983.
- How many sections does AKTA MANUVER TENTERA 1983 have?
- AKTA MANUVER TENTERA 1983 contains 14 sections.
- Where can I read the official version of AKTA MANUVER TENTERA 1983?
- The official text of AKTA MANUVER TENTERA 1983 is published at lom.agc.gov.my.