Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Seksyen 22

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1)

peraturan-peraturan sedemikian boleh—

(a)

membuat peruntukan mengenai penyenggaraan dan pengurusan tempat tahanan dan mengenai disiplin dan perlakuan terhadap orang yang ditahan di dalamnya dan

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

peraturan-peraturan yang berlainan boleh dibuat bagi tempat tahanan yang berlainan;

(b)

menetapkan bentuk daftar dan borang sebagaimana yang perlu atau suai manfaat digunakan berkaitan dengan perkara yang diperuntukkan dalam Akta ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(c)

menghendaki semua atau mana-mana golongan orang berdaftar membawa kad pengenalan, membuat peruntukan mengenai bentuk, pengeluaran, pengemukaan, pemeriksaan, pembatalan, pengubahan, pengendorsan dan penggantian mana-mana kad sedemikian, dan penggantian kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang itu atau orang dari golongan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain dengan kad sedemikian, dan mengenai semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat berkaitan dengan mana-mana kad sedemikian atau mengenai membawanya atau menguatkuasakan mana-mana peraturan sedemikian, termasuk menetapkan penalti yang tidak melebihi denda lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan mana-mana kesalahan; dan

(d)

menetapkan apa-apa yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

(3)

(Dipotong oleh Akta A629).

Perundangan subsidiari yang dibuat, dan arahan yang diberi, di bawah Ordinan mempunyai kuat kuasa di bawah Akta ini