/akn/my/act/act/1985/316

*AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1985
Last amended
2016
Sections
32
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 is Malaysia Act, cited as Act 316 1985, currently marked in force and first recorded in 1985.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya. [15 Jun 1985, P.U. (B) 305/1985]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam di Malaysia telah diambil dan tindakan selanjutnya yang serupa diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia; DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat adalah perlu tindakan itu dihentikan; MAKA, OLEH HAL YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

(Dipotong oleh Akta A1510).

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

*(4) (Dipotong oleh Akta A1510).

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“dadah berbahaya” mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952

[Akta 234];

“Ketua Pegawai Polis” ertinya seseorang pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara mengawal Polis Diraja Malaysia mengenai mana-mana kawasan atau Negeri dan seseorang pegawai kanan polis yang pada masa itu diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberikan kepada atau dikenakan atas seseorang Ketua Pegawai Polis oleh Akta ini dan, bagi Sabah dan Sarawak, termasuklah seseorang Pesuruhjaya

Polis;

“Ketua Polis Negara” ertinya Ketua Polis Negara yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta Polis 1967 [Akta 344];

“Lembaga Penasihat” ertinya suatu Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan bagi maksud

Perkara itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab mengenai keselamatan dalam negeri;

“Ordinan” ertinya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan

Mencegah Jenayah) 1969 [Ordinan 5/1969, P.U (A) 187/1969];

“Pegawai Penjaga Daerah Polis” mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan “Pegawai Penjaga Daerah Polis” oleh Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593];



*CATATAN—Lihat seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan)

2016 [Akta A1510] yang mula berkuat kuasa pada 15 Julai 2016.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 7

“pengedaran” mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bahagian II

BAHAGIAN II

KUASA TAHANAN PENCEGAHAN

Suggest a correction

Kuasa menahan orang yang disyaki

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini boleh ditahan dalam jagaan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat mengenai orang itu di bawah subseksyen 6(1):

Dengan syarat bahawa—

(a)

orang itu tidak boleh ditahan selama lebih dari dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau yang lebih tinggi;

Suggest a correction

(b)

orang itu tidak boleh ditahan selama lebih dari empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau yang lebih tinggi;

Suggest a correction

(c)

orang itu tidak boleh ditahan selama lebih dari empat belas hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat

Timbalan Penguasa atau yang lebih tinggi telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua

Polis Negara atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara bagi maksud itu dan

Ketua Polis Negara atau pegawai polis yang ditetapkan sedemikian olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaporkannya kepada Menteri.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pegawai polis yang membuat penyiasatan berkaitan dengan seseorang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini hendaklah menyebabkan satu salinan laporan lengkap penyiasatan itu dikemukakan—

(a)

kepada seseorang Pegawai Siasatan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1); dan

Suggest a correction

(b)

kepada Menteri, dalam tempoh yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3A)

Jika orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1)

ialah seorang yang berkenaan dengannya subseksyen 6(5) terpakai, laporan lengkap penyiasatan yang disebut dalam subseksyen (3)

berkenaan dengan orang itu boleh mengandungi apa-apa jua pernyataan, dokumen, maklumat, atau apa-apa jua benda atau bahan lain, yang telah diperoleh semasa sesuatu siasatan berkenaan dengan orang itu dijalankan oleh seseorang pegawai polis di bawah seksyen 3

Ordinan bagi maksud perintah tahanan di bawah seksyen 4, atau perintah sekatan di bawah seksyen 4A, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ordinan, terhadapnya, tanpa mengambil kira bahawa pernyataan, dokumen, maklumat, atau benda lain atau bahan lain itu telah diperoleh mengikut cara yang tidak selaras dengan atau tidak mematuhi kehendak seksyen 4, dan tidaklah perlu sesuatu pernyataan diambil di bawah seksyen 4 bagi maksud laporan sedemikian berkenaan dengan orang itu, tetapi jika sesuatu pernyataan diambil di bawah seksyen 4, ia hendaklah juga dimasukkan ke dalam laporan sedemikian berkenaan dengan orang itu.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberi oleh seksyen ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang dibenarkan secara am atau secara khas oleh Menteri.

Pemeriksaan orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan kes

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang itu adalah terikat supaya menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang supaya menyatakan yang sebenarnya, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai tarikh dan masa ia dibuat dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat dan selepas dia diberi peluang membuat apa-apa pembetulan yang dikehendakinya.

Suggest a correction

(6)

Peruntukan terdahulu seksyen ini tidaklah menjejaskan peruntukan subseksyen 3(3A).

Pegawai Siasatan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila diterimanya laporan di bawah subseksyen 3(3),

Pegawai Siasatan hendaklah menyiasat sama ada terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya.

Suggest a correction

(3)

Seseorang Pegawai Siasatan boleh, mengikut budi bicaranya, bagi maksud subseksyen (2)—

(a)

menghendaki seseorang yang ditahan di bawah seksyen 3

hadir di hadapannya;

Suggest a correction

(b)

mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan keterangan atau tatacara jenayah, yang difikirkannya perlu atau dikehendaki;

Suggest a correction

(c)

memanggil dan memeriksa saksi yang telah bersumpah atau berikrar, dan boleh bagi maksud itu mengendalikan sumpah atau ikrar;

Suggest a correction

(d)

menghendaki supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya berkaitan kepada kes itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3A)

Pendakwa Raya boleh hadir semasa suatu siasatan di bawah perenggan (3)(c).

Suggest a correction

(3B)

Menteri boleh menetapkan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki hadir di bawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(4)

Seseorang Pegawai Siasatan hendaklah mengemukakan laporannya secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 11

Kesalahan kerana tidak hadir untuk memberikan keterangan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 5A

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud subseksyen 5(3), mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki untuk hadir yang tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang ditujukan secara sah kepadanya, atau enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 6

Kuasa memerintahkan tahanan dan sekatan orang

Open as pageSuggest a correction

(a)

laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 3(3); dan

Suggest a correction

(b)

laporan Pegawai Siasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(4), berpuas hati berkenaan dengan mana-mana orang bahawa orang itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa bagi kepentingan ketenteraman awam orang itu perlu ditahan, melalui perintah (kemudian daripada ini disebut “perintah tahanan”)

mengarahkan supaya orang itu ditahan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

Suggest a correction

(2)

Setiap orang yang ditahan menurut sesuatu perintah tahanan hendaklah ditahan di suatu tempat (kemudian daripada ini disebut

“tempat tahanan”) sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan menurut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.

Suggest a correction

(3)

Jika Menteri berpuas hati bahawa bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (1) kawalan dan pengawasan perlu dibuat ke atas

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

mana-mana orang atau bahawa sekatan dan syarat harus dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktivitinya, kebebasannya bergerak atau tempat kediamannya atau tempat kerjanya, tetapi tidak perlu menahan orang itu bagi maksud itu, Menteri boleh membuat perintah

(kemudian daripada ini disebut “perintah sekatan”) mengenakan ke atas orang itu (kemudian daripada ini disebut “orang sekatan”) semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang berikut:

(a)

bahawa dia hendaklah tertakluk pada pengawasan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun;

Suggest a correction

(b)

bahawa dia hendaklah tinggal di dalam sesebuah Negeri atau di mana-mana Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasannya yang dinyatakan di dalam perintah sekatan itu;

Suggest a correction

(c)

bahawa dia tidak boleh menukar kediamannya ke mana-mana kawasan lain tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai

Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;

Suggest a correction

(d)

bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh meninggalkan kawasan di mana dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai

Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;

Suggest a correction

(e)

bahawa dia hendaklah sentiasa memastikan Pegawai

Penjaga Daerah Polis di mana dia tinggal tahu rumah atau tempat tinggalnya;

Suggest a correction

(f)

bahawa dia hendaklah pada waktu atau waktu-waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu menghadirkan diri di balai polis yang hampir sekali;

Suggest a correction

(g)

bahawa dia hendaklah berada di dalam rumah, atau di dalam kawasan sebagaimana yang ditentukan dalam perintah sekatan itu, di antara waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu, kecuali dia mendapat kebenaran khas sebaliknya daripada Pegawai

Penjaga Daerah Polis;

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 13

Suggest a correction

(h)

bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;

(ha) bahawa dia hendaklah menggunakan hanya peralatan dan kemudahan komunikasi yang diisytiharkan kepada dan diluluskan oleh Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah

Persekutuan bagi kawasan yang dia dikehendaki tinggal sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;

(hb) bahawa melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah sekatan itu, dia tidak boleh mengakses internet;

(hc) bahawa hendaklah dipasang kepadanya suatu peranti pengawasan elektronik;

Suggest a correction

(i)

bahawa dia hendaklah menjaga keamanan dan berkelakuan baik;

Suggest a correction

(j)

bahawa dia hendaklah mengikat suatu bon, dengan atau tanpa penjamin sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan sebanyak amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu, bagi pematuhan wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya oleh perintah sekatan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3A)

Orang sekatan hendaklah dihantarkan oleh polis, dan hendaklah berada dalam jagaan polis sehingga, ke tempat yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu.

Suggest a correction

(4)

Setiap perintah sekatan hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya, dan boleh mengandungi suatu arahan oleh Menteri supaya orang yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon dengan atau tanpa penjamin dan dengan apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan bagi pematuhan wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu perintah tahanan di bawah subseksyen (1), atau sesuatu perintah sekatan di bawah subseksyen (3), boleh dibuat terhadap seseorang walaupun sebaik sahaja, atau pada bila-bila masa, sebelum dia ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 3(1)―

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

(a)

dia telah ditahan di bawah suatu perintah tahanan yang dibuat di bawah seksyen 4, atau telah menjadi tertakluk pada suatu perintah sekatan yang dibuat di bawah seksyen 4A, Ordinan atas alasan yang sama yang serupa kesemuanya atau sebahagian daripadanya dengan alasan yang atasnya perintah tahanan di bawah subseksyen (1) atau perintah sekatan di bawah subseksyen (3) akan dibuat terhadapnya; dan

Suggest a correction

(b)

dia telah dilepaskan daripada tahanan sama ada apabila jangka masa perintah tahanan tersebut yang dibuat di bawah seksyen 4 Ordinan terhadapnya habis tempoh, atau dengan apa-apa jua cara lain sebelum habis tempoh tersebut, atau dia telah terhenti daripada menjadi tertakluk pada perintah sekatan tersebut yang dibuat di bawah seksyen 4A Ordinan terhadapnya sama ada apabila jangka masa perintah sekatan itu habis tempoh, atau dengan apa-apa jua cara lain sebelum habis tempoh tersebut.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu perintah sekatan, mengubah, membatalkan atau menambah kepada apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah itu, dan sekatan atau syarat yang diubah sedemikian dan apa-apa sekatan atau syarat tambahan yang dikenakan sedemikian hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, terus berkuat kuasa bagi bahagian yang belum habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4) atau di bawah subseksyen 11A(1).

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang sekatan yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dinyatakan di dalam perintah sekatannya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarkan selama suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun dan yang tidak kurang daripada tiga tahun.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 15

Perintah tahanan tidak menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa atas alasan tertentu

Suggest a correction

Seksyen 6A

Open as pageSuggest a correction

(a)

orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dimaksudkan—

Suggest a correction

(i)

telah selepas sahaja perintah tahanan itu dibuat ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2);

(ii)

terus ditahan selepas sahaja perintah tahanan itu dibuat di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 3

sebelum dia dipindahkan ke suatu tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2), walaupun tempoh maksimum bagi penahanan sedemikian di bawah subseksyen 3(2) telah tamat; atau

Suggest a correction

(iii)

telah semasa jangka masa perintah tahanan itu berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke suatu tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2); atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2), atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.

Suggest a correction

(2)

Tiada perintah tahanan baru atau perintah sekatan baru yang disebut dalam subseksyen 11B(2) boleh menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa oleh sebab tiada laporan baru telah dikemukakan di bawah subseksyen 3(3) dan subseksyen 5(4) atau perintah tahanan atau perintah sekatan itu telah dibuat atas alasan yang sama seperti perintah tahanan atau perintah sekatan yang terdahulu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Penggantungan perintah tahanan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang tersebut dahulu, subseksyen 6(6) hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sekatan dan syarat yang atasnya perintah tahanan itu digantung adalah sekatan dan syarat yang dikenakan oleh suatu perintah sekatan.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh membatalkan penggantungan mana-mana perintah tahanan jika dia berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat telah tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atasnya atau bahawa penggantungan itu perlu dibatalkan demi kepentingan ketenteraman awam, dan dalam mana-mana hal sedemikian pembatalan penggantungan itu hendaklah memberikan kuasa yang mencukupi kepada mana-mana pegawai polis menangkap semula tanpa waran orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat, dan orang itu hendaklah dikembalikan dengan seberapa segera yang praktik ke tempat tahanannya yang dahulu atau, jika diarahkan oleh Menteri, dihantar ke suatu tempat tahanan yang lain.

Suggest a correction

(4)

Penggantungan mana-mana perintah tahanan sebagaimana yang tersebut dahulu, hendaklah, tertakluk pada subseksyen 6(6)

sebagaimana yang terpakai melalui subseksyen (2) dan tertakluk juga pada subseksyen (3), terus berkuat kuasa bagi bahagian yang belum habis tempoh perintah tahanan yang dinyatakan di bawah subseksyen 6(1) atau subseksyen 11A(1).

Tahanan atau sekatan disifatkan telah dijalani dalam tempoh pemenjaraan

Suggest a correction

Seksyen 8

Jika seseorang—

Open as pageSuggest a correction

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

(a)

yang sedang menjalani tahanan atau sekatan di bawah seksyen 6 atau 7, dihukum penjara selama apa-apa tempoh di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

Suggest a correction

(b)

telah dilanjutkan tempoh tahanannya atau sekatannya di bawah subseksyen 11A(1) semasa dia sedang menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan itu, tahanan atau sekatan atau tahanan lanjut atau sekatan lanjut itu hendaklah disifatkan telah dijalani serentak dengan tempoh pemenjaraan itu, dan jika, semasa tempoh pemenjaraan itu selesai, masih ada mana-mana bahagian tempoh tahanan atau sekatan atau tempoh tahanan lanjut atau sekatan lanjut yang belum tamat dia hendaklah dikehendaki ditahan atau dikenakan sekatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama bahagian yang belum habis tempoh itu.

Representasi terhadap perintah tahanan

Suggest a correction

Seksyen 9

Pencegahan Khas) 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud membolehkan seseorang membuat representasi di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, pada masa disampaikan kepadanya perintah itu—

(a)

diberitahu haknya membuat representasi kepada suatu

Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan

Suggest a correction

(b)

diberi oleh Menteri suatu pernyataan bertulis—

Suggest a correction

(i)

mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

(ii)

mengenai pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan

Suggest a correction

(iii)

mengenai butir-butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin diperlukan dengan munasabahnya oleh orang itu untuk membuat representasinya terhadap perintah itu kepada

Lembaga Penasihat.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah mengenai cara bagaimana representasi boleh dibuat dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.

Laporan Lembaga Penasihat

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri arahan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri dan setiap keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah, tertakluk pada seksyen 11, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Kajian semula

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai membuat setiap kajian semula di bawah seksyen ini, mengemukakan kepada Menteri, sebelum tempoh tahanan atau sekatan itu habis tempoh, suatu laporan bertulis mengenai setiap kajian semula itu.

Suggest a correction

(3)

Jika Lembaga Penasihat telah melaporkan bahawa pada pendapatnya tahanan atau sekatan itu patut dihentikan, Menteri hendaklah membatalkan perintah tahanan atau perintah sekatan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika Lembaga Penasihat telah melaporkan bahawa pada pendapatnya tahanan atau sekatan itu patut diteruskan, Menteri boleh meneruskan tahanan atau sekatan orang yang berkenaan.

Kuasa Menteri melanjutkan perintah tahanan, perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung

Suggest a correction

Seksyen 11A

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen 6(1);

Suggest a correction

(b)

sesuatu perintah sekatan yang dibuat di bawah subseksyen 6(3); atau

Suggest a correction

(c)

sesuatu perintah tahanan yang digantung di bawah subseksyen 7(1) (kemudian daripada ini disebut “perintah tahanan yang digantung”), habis tempoh, mengarahkan supaya jangka masa perintah itu dilanjutkan selama suatu tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang ditentukan olehnya, bermula sebaik sahaja jangka masa semasa pada waktu itu habis tempoh, dan jika Menteri mengarahkan sedemikian dia hendaklah menyatakan dalam arahan itu alasan bagi perlanjutan itu dan menyatakan sama ada alasan itu—

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

(aa) sama dengan alasan yang atasnya perintah itu dibuat asalnya;

(bb) berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu dibuat asalnya; atau

(cc)

sebahagiannya alasan yang sama dan sebahagiannya alasan yang berlainan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika jangka masa sesuatu perintah tahanan yang digantung dilanjutkan di bawah subseksyen (1), jangka masa arahan bagi penggantungan di bawah subseksyen 7(1) hendaklah disifatkan telah dilanjutkan selama jangka masa perlanjutan perintah tahanan yang digantung itu bersama dengan sekatan dan syarat yang dikenakan berkenaan dengan penggantungan itu, tertakluk, jika Menteri mengarahkan sedemikian, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon baru sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 6(4), dan seksyen 7 hendaklah terpakai mengenai penggantungan yang dilanjutkan itu mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai mengenai penggantungan asal di bawah subseksyen 7(1).

Suggest a correction

(3)

Jika arahan di bawah subseksyen (1) bagi perlanjutan jangka masa sesuatu perintah tahanan atau sesuatu perintah tahanan yang digantung adalah atas alasan yang termasuk di bawah perenggan 1(bb)

atau (cc), seksyen 9 dan 10 hendaklah terpakai mengenai arahan itu seolah-olah arahan itu adalah suatu perintah tahanan baru.

Suggest a correction

(4)

Jika jangka masa sesuatu perintah tahanan, atau perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung, yang dilanjutkan di bawah subseksyen (1) boleh, selepas itu, dilanjutkan lagi dari semasa ke semasa selama tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada sesuatu masa, dan peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis berhubung dengan setiap perlanjutan sedemikian.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 21

Kuasa Menteri membatalkan perintah tahanan, atau perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung, atau arahan bagi perlanjutan mana-mana perintah sedemikian

Suggest a correction

Seksyen 11B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (1) tidaklah menjejaskan kesahan perintah atau arahan sebelum pembatalannya atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya, atau kuasa Menteri untuk membuat perintah tahanan baru di bawah subseksyen 6(1) atau perintah sekatan baru di bawah subseksyen 6(3) atau memberikan arahan baru di bawah subseksyen 11A(1) berkenaan dengan orang yang terhadapnya perintah atau arahan yang dibatalkan itu telah dibuat atau diberi.

Kajian semula kehakiman akan tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri

Suggest a correction

Seksyen 11C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kekecualian mengenai apa-apa soalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan adalah seperti yang diperihalkan dalam seksyen 6A.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Tafsiran “kajian semula kehakiman”

Suggest a correction

Seksyen 11D

Open as pageSuggest a correction

Dalam Akta ini, “kajian semula kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara—

(a)

permohonan untuk apa-apa perintah prerogatif bagi mandamus, larangan dan certiorari;

Suggest a correction

(d)

apa-apa guaman, tindakan atau prosiding undang-undang lain berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh

Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.

Mula berkuatkuasanya seksyen 11C dan 11D

Suggest a correction

Seksyen 11E

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebutan mengenai prosiding dalam subseksyen (1) tidaklah termasuk sebutan mengenai prosiding yang telah tamat dan yang berkenaan dengannya keputusan muktamad mahkamah telah diberi sebelum mula berkuat kuasanya Akta dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 1989, atau sebutan mengenai apa-apa rayuan atau apa-apa permohonan untuk rayuan terhadap keputusan muktamad sedemikian.

Kuasa memanggil saksi

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Setiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud Akta ini tetapi tertakluk pada seksyen 14, mempunyai semua kuasa sebuah

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 23

mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa pengemukaan dokumen.

Seksyen 13

Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Siasatan hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574] dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya kerana apa-apa tindakan yang diambil atau ditinggalkan dari diambil dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undang-undang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.

Seksyen 14

Penzahiran maklumat

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa pun dalam Bahagian ini atau dalam mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota sesuatu Lembaga Penasihat atau mana-mana

Pegawai Siasatan atau mana-mana pekhidmat awam menzahirkan fakta atau mengemukakan dokumen yang penzahirannya atau pengemukaannya difikirkannya bertentangan dengan kepentingan negara.

Seksyen 15

Kuasa memerintahkan pemindahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang sedang dipindahkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Kuasa memerintahkan pengemukaan orang tahanan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang sedang dibawa ke mana-mana tempat di bawah subseksyen (1) dan semasa berada di tempat itu hendaklah diletakkan dalam jagaan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan semasa berada dalam jagaan hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.

Pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh—

(a)

melawat mana-mana tempat yang disebut dalam subseksyen 6(2) bagi maksud mengambil cap jari dan

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 25

gambar foto mana-mana orang yang ditahan di dalamnya dan mendapatkan butir-butir lain mengenai orang itu sebagaimana yang ditetapkan atau sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan pendaftaran orang itu di bawah subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

melalui notis bertulis mengarahkan supaya mana-mana orang sekatan hadir di hadapannya, pada masa dan di tempat yang dinyatakan di dalam notis itu, bagi maksud mengambil cap jari dan gambar foto orang itu dan mendapatkan butir-butir lain mengenai orang itu sebagaimana yang ditetapkan atau sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan pendaftaran orang itu di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor supaya memberikan butir-butir yang disebut dalam perenggan (2)(a) atau (b), enggan memberikan apa-apa butir itu atau memberikan apa-apa butir yang dia tahu atau mempunyai sebab mempercayai adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda yang tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang tidak hadir sebagaimana yang diarahkan di bawah perenggan (2)(b), pegawai polis yang mengeluarkan notis itu boleh menyebabkan dia ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis dan dibawa ke hadapannya bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen itu.

Penghapusan nama dari daftar

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa menurut budi bicaranya, mengarahkan Pendaftar menghapuskan nama mana-mana orang dari daftar, dan selepas itu orang itu hendaklah terhenti dari menjadi orang berdaftar, melainkan jika dan sehingga namanya dicatatkan semula kemudiannya dalam daftar menurut seksyen 17.

Kesalahan oleh orang berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam subseksyen (1), “orang berdaftar” termasuklah—

(a)

mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang mengenainya butir-butir boleh didaftar dari jenis yang disebut dalam subperenggan (b)

dalam takrif “butir-butir boleh didaftar” dalam seksyen 2

Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak

Diingini 1969 terkandung dalam salah satu daftar yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau (2) Akta itu; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang tertakluk pada pengawasan polis di bawah seksyen 295 Kanun Tatacara Jenayah.

Penangkapan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai polis boleh menangkap, tanpa waran, mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu telah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 19, dan setiap kesalahan itu adalah kesalahan boleh ditangkap dan tidak boleh jamin bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 27

Seksyen 21

Peruntukan mengenai cap jari dan gambar foto

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang, semasa terikat di sisi undang-undang di bawah subseksyen (1) supaya patuh kepada pengambilan cap jarinya dan gambar fotonya, enggan atau tidak patuh kepadanya apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Jika nama mana-mana orang dihapuskan dari daftar di bawah subseksyen 18(1) atau (2), Pendaftar boleh, atas permohonan orang itu, menghantar serah kepadanya lembaran yang di atasnya cap jari orang itu telah dibuat, berserta negatif dan semua salinan apa-apa gambar foto orang itu yang telah diambil dan dihantar kepada Pendaftar di bawah seksyen ini; dan jika tiada permohonan sedemikian diterima dalam masa tiga bulan dari tarikh penghapusan itu Pendaftar hendaklah memusnahkan lembaran itu dan setiap negatif dan gambar foto itu.

Kuasa membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1)

peraturan-peraturan sedemikian boleh—

(a)

membuat peruntukan mengenai penyenggaraan dan pengurusan tempat tahanan dan mengenai disiplin dan perlakuan terhadap orang yang ditahan di dalamnya dan

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

peraturan-peraturan yang berlainan boleh dibuat bagi tempat tahanan yang berlainan;

Suggest a correction

(b)

menetapkan bentuk daftar dan borang sebagaimana yang perlu atau suai manfaat digunakan berkaitan dengan perkara yang diperuntukkan dalam Akta ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

Suggest a correction

(c)

menghendaki semua atau mana-mana golongan orang berdaftar membawa kad pengenalan, membuat peruntukan mengenai bentuk, pengeluaran, pengemukaan, pemeriksaan, pembatalan, pengubahan, pengendorsan dan penggantian mana-mana kad sedemikian, dan penggantian kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang itu atau orang dari golongan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain dengan kad sedemikian, dan mengenai semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat berkaitan dengan mana-mana kad sedemikian atau mengenai membawanya atau menguatkuasakan mana-mana peraturan sedemikian, termasuk menetapkan penalti yang tidak melebihi denda lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan mana-mana kesalahan; dan

Suggest a correction

(d)

menetapkan apa-apa yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

(Dipotong oleh Akta A629).

Perundangan subsidiari yang dibuat, dan arahan yang diberi, di bawah Ordinan mempunyai kuat kuasa di bawah Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada memakai peruntukan subseksyen (1), peruntukan—

(c)

subseksyen 13G(3),

Ordinan hendaklah juga terpakai mutatis mutandis berhubung dengan

Akta ini mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berhubung dengan Ordinan.

Penghapusan kesulitan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam subseksyen (1) “undang-undang bertulis” meliputi Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang disebut dengan nyata dalam Akta ini.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Akta ini tidak mengurangkan Ordinan

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa yang terkandung dalam Akta ini boleh, dengan apa-apa cara jua pun, mengurangkan peruntukan Ordinan dalam pemakaiannya mengenai mana-mana orang yang pernah atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya di bawah Akta Dadah

Berbahaya 1952.

31

Akta 316

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

*Akta A629

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan

Khas)

(Pindaan) 1985 18-12-1985; kecuali subs. 13(2)

& 14(2):

15-06-1985

**Akta A707

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan

Khas)

(Pindaan) 1988 15-07-1988;

kecuali s. 3:

18-12-1985

Akta A738

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan

Khas)

(Pindaan) 1989 24-08-1989

***Akta A766

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan

Khas)

(Pindaan) 1990 3-04-1990;

kecuali per. 3(b):

15-07-1988

†Akta A1510

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan

Khas)

(Pindaan) 2016 15-07-2016



*CATATAN—Lihat subseksyen 5(2) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)

(Pindaan) 1985 [Akta A629] bagi kesan undang-undang ke atas perintah tahanan atau perintah sekatan dan lihat seksyen 15 dan 16 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Penncegahan Khas) (Pindaan) 1985

[Akta A629] bagi peruntukan peralihan.

**CATATAN—Lihat seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan)

1988 [Akta A707] bagi kesahan perintah tahanan, tahanan dan tanggung rugi.

***CATATAN—Lihat seksyen 5 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan)

1990 [Akta A766] bagi kesahan perintah tahanan, tahanan dan tanggung rugi.

† CATATAN—Lihat seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan)

2016 [Akta A1510] bagi peruntukan kecualian.

32

Akta 316

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 1

Akta A1510 15-07-2016 2

Akta A629 18-12-1985 3

Akta A629 18-12-1985 4

Akta A629

Akta A1510 18-12-1985 15-07-2016 5

Akta A1510 15-07-2016 5A

Akta A1510 15-07-2016 6

Akta A629

Akta A766

Akta A1510 18-12-1985 03-04-1990 15-07-2016 6A

Akta A707

Akta A766

15-07-1988;

13-07-1985;

03-04-1990 7

Akta A629 18-12-1985 8

Akta A629 18-12-1985 11

Akta A629 18-12-1985 11A

Akta A629 18-12-1985 11B

Akta A629

Akta A707

Akta A766 18-12-1985 18-12-1985 15-07-1988 03-04-1990 11C

Akta A738 24-08-1989 11D

Akta A738 24-08-1989 11E

Akta A738 24-08-1989 15

Akta A629 18-12-1985 16

Akta A629 18-12-1985 18

Akta A629 18-12-1985

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 33

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 22

Akta A629 15-06-1985 23

Akta A629 15-06-1985 24

Akta A629 18-12-1985 25

Akta A629 15-06-1985

Common questions

What is AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985?
*AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 is Malaysia Act, cited as Act 316 1985, currently marked in force and first recorded in 1985.
Is AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 still in force?
Yes — AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 is currently in force.
When did AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 take effect?
AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 was first recorded in 1985.
How many sections does AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 have?
AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 contains 32 sections.
What amends AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985?
AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 has been amended by AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016.
Where can I read the official version of AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985?
The official text of AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 (No. 316)