Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“dadah berbahaya” mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
[Akta 234];
“Ketua Pegawai Polis” ertinya seseorang pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara mengawal Polis Diraja Malaysia mengenai mana-mana kawasan atau Negeri dan seseorang pegawai kanan polis yang pada masa itu diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberikan kepada atau dikenakan atas seseorang Ketua Pegawai Polis oleh Akta ini dan, bagi Sabah dan Sarawak, termasuklah seseorang Pesuruhjaya
Polis;
“Ketua Polis Negara” ertinya Ketua Polis Negara yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta Polis 1967 [Akta 344];
“Lembaga Penasihat” ertinya suatu Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan bagi maksud
Perkara itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab mengenai keselamatan dalam negeri;
“Ordinan” ertinya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan
Mencegah Jenayah) 1969 [Ordinan 5/1969, P.U (A) 187/1969];
“Pegawai Penjaga Daerah Polis” mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan “Pegawai Penjaga Daerah Polis” oleh Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593];
*CATATAN—Lihat seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan)
2016 [Akta A1510] yang mula berkuat kuasa pada 15 Julai 2016.
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 7
“pengedaran” mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.