Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Seksyen 3

(2)

Mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini boleh ditahan dalam jagaan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat mengenai orang itu di bawah subseksyen 6(1):

Dengan syarat bahawa—

(a)

orang itu tidak boleh ditahan selama lebih dari dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau yang lebih tinggi;

(b)

orang itu tidak boleh ditahan selama lebih dari empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau yang lebih tinggi;

(c)

orang itu tidak boleh ditahan selama lebih dari empat belas hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat

Timbalan Penguasa atau yang lebih tinggi telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua

Polis Negara atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara bagi maksud itu dan

Ketua Polis Negara atau pegawai polis yang ditetapkan sedemikian olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaporkannya kepada Menteri.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

(3)

Pegawai polis yang membuat penyiasatan berkaitan dengan seseorang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini hendaklah menyebabkan satu salinan laporan lengkap penyiasatan itu dikemukakan—

(a)

kepada seseorang Pegawai Siasatan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1); dan

(b)

kepada Menteri, dalam tempoh yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3A)

Jika orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1)

ialah seorang yang berkenaan dengannya subseksyen 6(5) terpakai, laporan lengkap penyiasatan yang disebut dalam subseksyen (3)

berkenaan dengan orang itu boleh mengandungi apa-apa jua pernyataan, dokumen, maklumat, atau apa-apa jua benda atau bahan lain, yang telah diperoleh semasa sesuatu siasatan berkenaan dengan orang itu dijalankan oleh seseorang pegawai polis di bawah seksyen 3

Ordinan bagi maksud perintah tahanan di bawah seksyen 4, atau perintah sekatan di bawah seksyen 4A, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ordinan, terhadapnya, tanpa mengambil kira bahawa pernyataan, dokumen, maklumat, atau benda lain atau bahan lain itu telah diperoleh mengikut cara yang tidak selaras dengan atau tidak mematuhi kehendak seksyen 4, dan tidaklah perlu sesuatu pernyataan diambil di bawah seksyen 4 bagi maksud laporan sedemikian berkenaan dengan orang itu, tetapi jika sesuatu pernyataan diambil di bawah seksyen 4, ia hendaklah juga dimasukkan ke dalam laporan sedemikian berkenaan dengan orang itu.

(4)

Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberi oleh seksyen ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang dibenarkan secara am atau secara khas oleh Menteri.

Pemeriksaan orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan kes