Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Seksyen 5

(2)

Apabila diterimanya laporan di bawah subseksyen 3(3),

Pegawai Siasatan hendaklah menyiasat sama ada terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya.

(3)

Seseorang Pegawai Siasatan boleh, mengikut budi bicaranya, bagi maksud subseksyen (2)—

(a)

menghendaki seseorang yang ditahan di bawah seksyen 3

hadir di hadapannya;

(b)

mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan keterangan atau tatacara jenayah, yang difikirkannya perlu atau dikehendaki;

(c)

memanggil dan memeriksa saksi yang telah bersumpah atau berikrar, dan boleh bagi maksud itu mengendalikan sumpah atau ikrar;

(d)

menghendaki supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya berkaitan kepada kes itu.

(3A)

Pendakwa Raya boleh hadir semasa suatu siasatan di bawah perenggan (3)(c).

(3B)

Menteri boleh menetapkan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki hadir di bawah subseksyen (3).

(4)

Seseorang Pegawai Siasatan hendaklah mengemukakan laporannya secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 11

Kesalahan kerana tidak hadir untuk memberikan keterangan, dsb.