Malaysia legislation

Section 6A

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Seksyen 6A

(a)

orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dimaksudkan—

(i)

telah selepas sahaja perintah tahanan itu dibuat ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2);

(ii)

terus ditahan selepas sahaja perintah tahanan itu dibuat di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 3

sebelum dia dipindahkan ke suatu tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2), walaupun tempoh maksimum bagi penahanan sedemikian di bawah subseksyen 3(2) telah tamat; atau

(iii)

telah semasa jangka masa perintah tahanan itu berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke suatu tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2); atau

(b)

perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 6(2), atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.

(2)

Tiada perintah tahanan baru atau perintah sekatan baru yang disebut dalam subseksyen 11B(2) boleh menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa oleh sebab tiada laporan baru telah dikemukakan di bawah subseksyen 3(3) dan subseksyen 5(4) atau perintah tahanan atau perintah sekatan itu telah dibuat atas alasan yang sama seperti perintah tahanan atau perintah sekatan yang terdahulu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Penggantungan perintah tahanan

Section 6A — AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985