Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 14

Perikanan 25

(1A)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi mana-mana lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh mula berkuatkuasanya subseksyen tersebut, dan mana-mana lesen yang berkuat kuasa pada tarikh itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi baki tempoh kesahannya.

(2)

(a)

Mana-mana orang yang mengubah suai atau menukar, atau membenarkan supaya diubah suai atau ditukar kuasa kuda, saiz atau tanan sesuatu vesel penangkapan ikan berlesen atau peralatan menangkap ikan yang ia dilesen untuk kendalikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(b)

Ketua Pengarah boleh enggan membenarkan vesel penangkapan ikan berlesen atau peralatan menangkap ikan diubah suai atau ditukar melainkan jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian bagi pengurusan yang sempurna akan mana-mana perikanan yang tertentu.

(3)

(a)

Mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti pengumpul ikan atau sistem kultur laut adalah sah bagi vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut yang tertentu itu dan tidak boleh digunakan bagi mana-mana vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut lain, dan lesen itu hendaklah pada setiap masa

Perikanan 27

dipamerkan dengan nyata pada atau dilekatkan dengan nyata kepada vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut.

(b)

Jika mana-mana vesel penangkapan ikan menggunakan huruf, nombor atau lain-lain cara pengenalan suatu vesel penangkapan ikan yang lain, maka pemunya, nakhoda dan tiap-tiap anggota kru vesel penangkapan ikan yang menggunakan huruf, nombor atau lain-lain cara pengenalan itu adalah setiap seorangnya bersalah melakukan suatu kesalahan.

(4)

(a)

Tertakluk kepada perenggan (aa), apa-apa lesen atau permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut hendaklah dikeluarkan di bawah Akta ini atas nama pemohon bagi lesen atau permit itu dan tidaklah boleh dipindah hak milik.

(aa) Walau apa pun perenggan (a), Ketua Pengarah boleh, atas sesuatu permohonan, membenarkan pemindahan hak milik mana-mana lesen atau permit yang disebut di bawah perenggan itu jika Ketua

Pengarah berpuas hati bahawa pemohon itu adalah orang yang jika tidak kerana itu layak selainnya untuk memegang lesen atau permit itu di bawah Akta ini.

(b)

Mana-mana orang yang menggunakan lesen atau permit yang dikeluarkan atas nama mana-mana orang lain di bawah Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(5)

Jika sesuatu vesel penangkapan ikan yang telah dilesenkan sebagai vesel penangkapan ikan tempatan berhenti daripada menjadi vesel penangkapan ikan tempatan, lesennya adalah luput dengan serta-merta dan hendaklah disifatkan telah terbatal.

Anggapan berkenaan dengan orang yang dijumpai di atas mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan

Section 14 — FISHERIES ACT 1985 | mylaw.my