/akn/my/act/act/1985/317

*AKTA PERIKANAN 1985

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1985
Last amended
2025
Sections
69
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERIKANAN 1985 is Malaysia Act, cited as Act 317 1985, currently marked in force and first recorded in 1985.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta berhubung dengan perikanan, termasuk pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, di perairan perikanan Malaysia dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas; dengan penyu dan penangkapan ikan di sungai dalam Malaysia; dan dengan perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya. [Kecuali Bahagian IX dalam pemakaiannya di Negeri Sabah—1 Januari 1986, P.U. (B) 627/1985]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA adalah bermanfaat untuk menyatukan dan meminda undang-undang bertulis berhubung dengan perikanan, termasuk pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, di perairan perikanan Malaysia dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas; dan dengan penyu dan penangkapan ikan di sungai dalam Malaysia; DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (1) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama, dan bahawasanya perikanan, termasuk penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara (tidak termasuk penyu), adalah suatu perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan di bawah butiran 9 Senarai I dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan dan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara adalah juga perkara yang disenaraikan dalam Senarai Bersama di bawah butiran 12 Senarai IIIA dalam Jadual Kesembilan tersebut berkenaan dengan Negeri Sabah dan Sarawak; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 317 DAN BAHAWASANYA melalui Fasal (1)(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara yang disenaraikan dalam Senarai Negeri bagi maksud menggalakkan persamaan undang-undang bagi dua buah Negeri atau lebih, dan bahawasanya, penyu dan penangkapan ikan di sungai adalah suatu perkara yang disenaraikan dalam Senarai Negeri di bawah butiran 12 Senarai II dan Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut peruntukan yang relevan dalam Perlembagaan Persekutuan INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut :

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dalam kawasan yang berlainan:

Dengan syarat bahawa peruntukan Akta ini setakat mana ianya berhubung dengan penyu dan penangkapan ikan di sungai dalam mana-mana Negeri di Malaysia tidaklah boleh berkuat kuasa dalam

Perikanan 11

Negeri itu sehingga ianya telah diterima pakai melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua perkara lain yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan atau perundangan subsidiari lain, dan apa-apa sebutan mengenai sesuatu peruntukan dalam Akta ini hendaklah diertikan dengan sewajarnya;

“akuakultur” ertinya pembiakan benih ikan atau pemeliharaan biak ikan melalui perusahaan ternak keseluruhan atau sebahagian daripada peredaran hidupnya;

“belat ikan” ertinya apa-apa peranti yang digunakan untuk menangkap ikan yang dibuat daripada pancang atau lain-lain tiang yang ditanam ke dalam tanah dan dikepung dengan rami, rotan, dawai atau lain-lain bahan pengadang dan direka bentuk sedemikian agar ikan dapat diarahkan ke dalam peranti itu;

“benih ikan” ertinya telur ikan atau larva atau rega atau benih, anak ikan atau fingerling ikan;

“pemunya”, berhubungan dengan vesel penangkapan ikan, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang memilik vesel itu dan termasuklah mana-mana pencarter, subpencarter, penerima pajak atau subpenerima pajak vesel itu;

“ikan” ertinya apa-apa hidupan haiwan, atau tumbuhan akuatik, sama ada sedentari atau tidak, dan termasuklah semua spesies ikan bersirip, krustasia, moluska, mamalia akuatik, atau telur atau benihnya, anak, fingerling, lokan atau benih moluska tetapi tidak termasuklah mana-mana spesies memerang, penyu atau telurnya;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perikanan yang dilantik di bawah Akta ini;

“laut wilayah Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969

[P.U. (A) 307A/1969].

“memproses”, berhubungan dengan ikan, termasuklah membersih, memotong, membubuh ais, membeku, mengetin, membubuh garam, menyalai, memasak, menjeruk, mengering atau selainnya mengawet atau menyedia ikan dengan apa jua cara;

“menangkap ikan” ertinya―

(a)

menangkap, mengambil atau membunuh ikan dengan apa jua cara;

Suggest a correction

(c)

melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang semunasabahnya dapat dijangka mengakibatkan penangkapan, pengambilan atau pembunuhan ikan; atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa gerakan sebagai membantu, atau sebagai persediaan menjalankan, apa-apa aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), (b) atau (c) takrif ini;

“menangkap ikan di sungai” ertinya menangkap ikan di perairan sungai;

“Menteri” ertinya Menteri Kerajaan Persekutuan yang pada masa itu dipertanggungkan dengan tanggungjawab perikanan;

“nakhoda”, berhubungan dengan vesel penangkapan ikan, termasuklah tiap-tiap orang (kecuali malim atau pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan

Dagang 1952 [Ordinan 70/1952]) yang pada masa itu mengetuai atau menjaga vesel itu, atau yang bertindak secara sah di sisi undang-undang sebagai nakhoda vesel itu;

Perikanan 13

“orang” termasuklah mana-mana individu (sama ada warganegara

Malaysia atau bukan), mana-mana pertubuhan perbadanan, perkongsian, pertubuhan, atau lain-lain entiti, yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana

Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negara asing, atau apa-apa entiti dalam golongannya itu;

“pegawai diberi kuasa” ertinya Ketua Pengarah, Timbalan Ketua

Pengarah Perikanan, pegawai perikanan, pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan

Dagang 1952 [Ordinan 70/1952], pegawai pemerintah mana-mana vesel tentera laut Kerajaan atau pesawat udara Kerajaan, pegawai pemerintah mana-mana vesel polis laut Kerajaan atau mana-mana atau golongan orang lain yang dilantik menjadi pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 36;

“pegawai perikanan” ertinya pegawai perikanan atau timbalan pegawai perikanan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“pegawai perikanan darat” ertinya pegawai perikanan darat atau timbalan pegawai perikanan darat yang dilantik di bawah seksyen 5;

“pencemar” ertinya apa-apa bahan yang, jika dimasukkan ke dalam perairan kelautan atau mana-mana perairan sungai, mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia atau memudaratkan sumber kehidupan akuatik, atau merosakkan kemudahan atau mengganggu kegunaan lain yang sah akan perairan kelautan atau perairan sungai dan, tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, termasuklah apa-apa bahan yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah dalam Warta sebagai pencemar bagi maksud Akta ini;

“perairan dalaman Malaysia” ertinya mana-mana kawasan laut yang terletak di sebelah bahagian darat garis dasar yang darinya lebar laut wilayah Malaysia diukur;

“perairan kelautan” ertinya kawasan laut yang bersempadanan dengan Malaysia, di dalam dan di luar perairan perikanan Malaysia dan termasuklah perairan muara, dan apa-apa sebutan mengenai sistem kultur laut, penangkapan ikan atau perikanan hendaklah diertikan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

sebagai sebutan mengenai penjalanan mana-mana aktiviti ini di perairan kelautan;

“perairan muara” ertinya perairan sesuatu sungai yang bermula dari kuala sungai―

Suggest a correction

(a)

sampai ke hulu sungai yang dimasuki air laut semasa air pasang anak; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal Negeri Sarawak, sampai ke batasan yang ditentukan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak

Berkuasa Negeri, dalam peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

“perairan perikanan Malaysia” ertinya perairan kelautan di bawah bidang kuasa Malaysia yang ke atasnya hak menangkap ikan eksklusif atau hak pengurusan perikanan dituntut mengikut undang-undang dan termasuklah perairan dalaman Malaysia, laut wilayah Malaysia dan perairan kelautan yang termasuk dalam zon ekonomi eksklusif

Malaysia;

“perairan sungai” ertinya perairan mana-mana sungai, tasik, anak sungai, kolam dan mana-mana perairan lain di Malaysia selain dari perairan kelautan, sama ada semula jadi atau buatan manusia, milikan sendiri atau selainnya;

“peralatan menangkap ikan” termasuklah jaring ikan, perangkap ikan, dan apa-apa alat, dengan atau tanpa pelampung, boya atau pemberat yang direka bentuk untuk menangkap ikan tetapi tidak termasuk―

Suggest a correction

(a)

apa-apa alat dari jenis mata kail yang mempunyai tidak lebih daripada dua cangkuk; dan

Suggest a correction

(b)

jejala yang dikenali sebagai jala;

“peralatan menangkap ikan tradisional” ertinya apa-apa peralatan menangkap ikan yang disenaraikan di bawah ini yang dikendalikan dengan menggunakan suatu vesel penangkapan ikan yang tidak

Perikanan 15

bermotor atau suatu vesel penangkapan ikan yang bermotor yang tidak melebihi empat puluh tanan berdaftar kasar:

Suggest a correction

(f)

pukat bakul; dan pukat rentang;

“peranti mengumpul ikan bagi maksud menangkap ikan” ertinya apa-apa struktur atau peranti dari jenis yang kekal atau separa kekal yang dibuat daripada apa-apa bahan dan digunakan untuk menarik atau mengumpul ikan;

“perikanan” ertinya mana-mana satu atau lebih stok ikan yang boleh dijadikan sebagai satu unit bagi maksud pemuliharaan, pengurusan dan pemajuannya dan termasuklah menangkap ikan untuk mendapatkan stok seperti itu dan akuakultur;

“perikanan darat” ertinya perikanan di perairan sungai;

“perjanjian perikanan antarabangsa” ertinya apa-apa triti atau perjanjian dwipihak atau berbilang pihak, yang berhubung dengan penangkapan ikan atau perikanan, di antara Kerajaan Malaysia dengan

Kerajaan mana-mana negara lain atau di antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana organisasi antarabangsa yang berwibawa;

“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya pihak berkuasa di mana-mana

Negeri dalam Malaysia yang bertanggungjawab mengenai perikanan darat;

Suggest a correction

(g)

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

“rancangan perikanan” ertinya mana-mana rancangan yang berhubung dengan perikanan yang disediakan oleh Ketua Pengarah di bawah Bahagian III;

“sistem kultur” ertinya sesuatu establismen, struktur atau kemudahan yang digunakan dalam akuakultur dan termasuklah kultur di dasar laut, kultur mengguna sangkar, kultur mengguna jaring gantung, kultur mengguna kandang, kultur di kolam, kultur mengguna tiang atau kayu, kultur di dasar terusan, kultur mengguna rakit, kultur mengguna tali dan kawasan penetasan;

“spesies sedentari” ertinya organisma yang, pada peringkat boleh dipungut, sama ada tidak boleh bergerak di atas atau di bawah dasar laut atau tidak dapat bergerak kecuali sentiasa bersentuhan dari segi fizikal dengan dasar laut atau tanah bawah;

“taman laut” atau “rizab laut” ertinya mana-mana kawasan atau sebahagian daripada kawasan di perairan perikanan Malaysia yang ditetapkan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah Bahagian IX bagi maksud yang dinyatakan dalam Bahagian itu;

“vesel penangkapan ikan” ertinya mana-mana bot, lancang, kapal atau lain-lain vesel yang digunakan, yang dilengkap untuk digunakan, atau dari jenis yang digunakan untuk―

Suggest a correction

(b)

menolong atau membantu mana-mana bot, lancang, kapal atau mana-mana vesel dalam melaksanakan apa-apa aktiviti berhubung dengan penangkapan ikan, termasuk apa jua aktiviti menyedia, memproses, penyejuk beku, menyimpan, membekal atau mengangkut ikan;

“vesel penangkapan ikan asing” ertinya mana-mana vesel penangkapan ikan selain dari vesel penangkapan ikan tempatan;

Perikanan 17

“vesel penangkapan ikan tempatan” ertinya mana-mana vesel penangkapan ikan―

Suggest a correction

(a)

yang tidak didaftarkan di luar Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh―

Suggest a correction

(i)

orang sebenar atau orang-orang sebenar yang adalah warganegara Malaysia;

(ii)

perbadanan berkanun yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia;

Suggest a correction

(iii)

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri di

Malaysia; atau

Suggest a correction

(iv)

Pertubuhan diperbadankan atau tidak diperbadankan yang ditubuhkan di Malaysia, dan dimiliki sepenuhnya oleh mana-mana orang yang diperihalkan dalam subperenggan (i), (ii) atau (iii)

takrif ini; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

yang dicarter, disubcarter, dipajak atau disubpajak oleh mana-mana orang, perbadanan berkanun, Kerajaan atau pertubuhan perbadanan yang diperihalkan di bawah perenggan (a)(i), (a)(ii), (a)(iii) atau (a)(iv) takrif ini;

“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311].

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(i)

Paragraph

(iv)

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

perairan perikanan Malaysia, dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas, berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Labuan dan penyu di perairan di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ketua Pengarah

Perikanan, dan Menteri boleh melantik beberapa orang Timbalan

Ketua Pengarah Perikanan sebagaimana yang perlu, untuk melaksanakan peruntukan Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen (1), peruntukan yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab atas pengawasan secara am mengenai semua perkara berhubung dengan perikanan di bawah Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen (1), perkara yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri

Malaysia.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan apa-apa atau semua kuasa dan fungsi yang diberi kepadanya melalui

Akta ini kepada mana-mana pegawai perikanan atau timbalan pegawai perikanan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pegawai perikanan dan timbalan pegawai perikanan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melantik beberapa orang pegawai perikanan dan timbalan pegawai perikanan sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan peruntukan Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen 3(1), peruntukan yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri Malaysia.

Seksyen 5

Pegawai perikanan darat dan timbalan pegawai perikanan darat

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada subseksyen 3(1), Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik beberapa orang pegawai perikanan darat dan timbalan pegawai perikanan darat sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan

Perikanan 19

peruntukan Akta ini setakat yang ia berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri Malaysia.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Setiap rancangan dan setiap ubah suaian atau penyemakannya hendaklah dilaksanakan setelah diluluskan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Segala kemajuan dalam industri perikanan hendaklah menepati pada umumnya polisi pengurusan dan pemuliharaan yang diperihalkan dalam rancangan perikanan.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai berkenaan dengan tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini tetapi tidaklah terpakai, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian dari ini, berkenaan dengan apa-apa permit yang dikeluarkan di bawah

Bahagian V

Bahagian V.

Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

Kesalahan kerana menangkap ikan tanpa lesen atau kerana melanggar syarat atau arahan

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas, apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan—

(a)

tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini;

Suggest a correction

(b)

dengan melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu; atau

Suggest a correction

(c)

dengan melanggar apa-apa arahan secara bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Permohonan untuk mendapatkan lesen atau permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baharu

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemohon boleh terus membina vesel penangkapan ikan yang baharu setelah menerima kelulusan bertulis untuk berbuat demikian daripada Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat, termasuklah syarat berkenaan dengan kuasa kuda, saiz dan tanan vesel itu, atau pelupusan mana-mana vesel penangkapan ikan yang sedia ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam kelulusan itu.

Perikanan 21

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan suatu lesen berkenaan dengan mana-mana vesel penangkapan ikan yang baharu yang tidak dibina dengan kelulusan, dan mengikut syarat yang dinyatakan, di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Jika di bawah rancangan perikanan telah diperuntukkan bahawa tiada lesen di bawah Bahagian ini atau permit di bawah

Bahagian V boleh dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baharu bagi jenis perikanan yang tertentu melainkan jika vesel penangkapan ikan yang baharu itu menggantikan vesel penangkapan ikan yang telahpun dikeluarkan lesen atau permit bagi jenis perikanan itu, Ketua Pengarah tidaklah boleh mengeluarkan lesen atau permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baharu sehingga vesel penangkapan ikan yang sedia ada itu dilupuskan mengikut arahannya.

Syarat dalam lesen dan arahan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(a)

menandakan dengan kekal vesel penangkapan ikan dengan apa-apa huruf dan nombor atau cara pengenalan lain sebagaimana yang diserah hak kepadanya oleh Ketua

Pengarah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

kerakyatan dan bilangan orang yang akan diambil kerja atau yang dibawa dalam vesel penangkapan ikan; dan

Suggest a correction

(c)

selain dari mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis lain yang mungkin terpakai, kehendak yang menyatakan bahawa seseorang yang bukan warganegara

Malaysia tidaklah boleh melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti penangkapan ikan yang berhubung dengan vesel penangkapan ikan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengubah syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu atau bermanfaat untuk berbuat demikian bagi pengurusan perikanan yang sempurna, tetapi notis yang wajar tentang perubahan yang dicadangkan itu hendaklah diberi kepada pemegang lesen yang, jika dia berhasratkan sedemikian, adalah mempunyai hak untuk didengar dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh

Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perakuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa sesuatu syarat dalam lesen telah dikenakan atau apa-apa perubahannya telah dibuat bagi pengurusan perikanan yang sempurna adalah menjadi bukti muktamad dalam mana-mana prosiding undang-undang.

Suggest a correction

(4)

(a)

Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa melalui notis dalam Warta mengeluarkan arahan berhubungan dengan pengurusan perikanan yang sempurna yang hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap orang yang kepadanya arahan itu terpakai.

(b)

Arahan seperti itu hendaklah juga dipamerkan di mana-mana tempat awam dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Lesen berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada lesen boleh dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut yang menyebabkan atau yang mungkin

Perikanan 23

menyebabkan apa-apa galangan kepada pelayaran atau apa-apa rintangan kepada aliran semula jadi air di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang di perairan perikanan Malaysia yang—

(a)

mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;

Suggest a correction

(b)

mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;

Suggest a correction

(c)

memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan; atau

Suggest a correction

(d)

membina atau menubuhkan apa-apa sistem kultur laut tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3A)

Mana-mana orang di laut lepas yang —

(a)

mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;

Suggest a correction

(b)

mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; atau

Suggest a correction

(c)

memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (3) dan (3A), mana-mana bahagian peralatan menangkap ikan hendaklah ditafsirkan sebagai peralatan menangkap ikan yang lengkap melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Tidak memulakan kendalian menangkap ikan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum

Ketua

Pengarah membuat keputusan untuk membatalkan lesen atau permit itu, pemegang lesen atau pemegang permit yang berkenaan hendaklah diberi peluang untuk menunjukkan alasan mengapa lesen atau permitnya itu tidak patut dibatalkan.

Keengganan melesen atau penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah enggan mengeluarkan lesen berkenaan dengan sesuatu vesel penangkapan ikan tempatan dalam mana-mana hal yang berikut:

(a)

jika vesel itu dikehendaki supaya didaftarkan di bawah undang-undang yang berhubung dengan perkapalan dagang tetapi belum lagi didaftarkan sedemikian;

Suggest a correction

(b)

jika vesel itu dikehendaki mempunyai suatu perakuan pemeriksaan yang sah yang dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah undang-undang yang berhubung dengan perkapalan dagang tetapi tidak mempunyai perakuan itu;

Suggest a correction

(c)

jika vesel itu tidak layak belayar dan tidak layak digunakan bagi maksud menangkap ikan atau tidak mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang boleh dipakai berkenaan dengan pelayaran piawai keanggotaannya, atau keselamatan di laut di bawah Akta ini, atau mana-mana undang-undang lain atau di bawah mana-mana konvensyen yang Malaysia menjadi satu pihak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau boleh membatalkan, atau menggantung selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika terdapat pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Ketua

Pengarah untuk mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau dengan penggantungan atau pembatalan mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh merayu kepada

Menteri mengikut cara yang ditetapkan terhadap keengganan, penggantungan atau pembatalan itu dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh keengganan, penggantungan atau pembatalan itu.

Suggest a correction

(5)

Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat apa-apa perintah terhadapnya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan perintah itu adalah muktamad.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

(6)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5)

hendaklah mengambil kira apa-apa skim untuk membataskan usaha menangkap ikan yang peruntukan dibuat baginya dalam mana-mana rancangan perikanan yang tersebut dalam Bahagian III.

Tempoh kesahan lesen dan tidak boleh dipindah hak milik

Suggest a correction

Seksyen 14

Perikanan 25

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi mana-mana lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh mula berkuatkuasanya subseksyen tersebut, dan mana-mana lesen yang berkuat kuasa pada tarikh itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi baki tempoh kesahannya.

Suggest a correction

(2)

(a)

Mana-mana orang yang mengubah suai atau menukar, atau membenarkan supaya diubah suai atau ditukar kuasa kuda, saiz atau tanan sesuatu vesel penangkapan ikan berlesen atau peralatan menangkap ikan yang ia dilesen untuk kendalikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(b)

Ketua Pengarah boleh enggan membenarkan vesel penangkapan ikan berlesen atau peralatan menangkap ikan diubah suai atau ditukar melainkan jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian bagi pengurusan yang sempurna akan mana-mana perikanan yang tertentu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

(a)

Mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti pengumpul ikan atau sistem kultur laut adalah sah bagi vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut yang tertentu itu dan tidak boleh digunakan bagi mana-mana vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut lain, dan lesen itu hendaklah pada setiap masa

Perikanan 27

dipamerkan dengan nyata pada atau dilekatkan dengan nyata kepada vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut.

(b)

Jika mana-mana vesel penangkapan ikan menggunakan huruf, nombor atau lain-lain cara pengenalan suatu vesel penangkapan ikan yang lain, maka pemunya, nakhoda dan tiap-tiap anggota kru vesel penangkapan ikan yang menggunakan huruf, nombor atau lain-lain cara pengenalan itu adalah setiap seorangnya bersalah melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

(a)

Tertakluk kepada perenggan (aa), apa-apa lesen atau permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut hendaklah dikeluarkan di bawah Akta ini atas nama pemohon bagi lesen atau permit itu dan tidaklah boleh dipindah hak milik.

(aa) Walau apa pun perenggan (a), Ketua Pengarah boleh, atas sesuatu permohonan, membenarkan pemindahan hak milik mana-mana lesen atau permit yang disebut di bawah perenggan itu jika Ketua

Pengarah berpuas hati bahawa pemohon itu adalah orang yang jika tidak kerana itu layak selainnya untuk memegang lesen atau permit itu di bawah Akta ini.

(b)

Mana-mana orang yang menggunakan lesen atau permit yang dikeluarkan atas nama mana-mana orang lain di bawah Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika sesuatu vesel penangkapan ikan yang telah dilesenkan sebagai vesel penangkapan ikan tempatan berhenti daripada menjadi vesel penangkapan ikan tempatan, lesennya adalah luput dengan serta-merta dan hendaklah disifatkan telah terbatal.

Anggapan berkenaan dengan orang yang dijumpai di atas mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan

Suggest a correction

Seksyen 14A

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Bahagian ini, jika mana-mana orang yang bukan warganegara Malaysia dijumpai di atas mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan di dalam perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas,

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

maka orang itu hendaklah dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai anggota kru vesel penangkapan ikan itu.

Bahagian V

BAHAGIAN V

VESEL PENANGKAPAN IKAN ASING

Suggest a correction

Penangkapan ikan, dsb., oleh vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(b)

tertakluk kepada subseksyen (1A) menjalankan apa-apa penyelidikan atau pemeriksaan tekno-ekonomi ke atas mana-mana perikanan, melainkan jika dibenarkan berbuat demikian di bawah perjanjian perikanan antarabangsa yang berkuat kuasa di antara Kerajaan

Malaysia dengan kerajaan negara, atau di antara Kerajaan Malaysia dengan organisasi antarabangsa, yang vesel itu tergolong atau di mana vesel itu didaftarkan, mengikut mana yang berkenaan, dan di bawah suatu permit yang dikeluarkan di bawah seksyen 19.

Suggest a correction

(1A)

Walau apa pun perenggan (1)(b), sesuatu vesel penangkapan ikan asing boleh menjalankan apa-apa penyelidikan atau pemeriksaan tekno-ekonomi ke atas mana-mana perikanan di dalam perairan perikanan Malaysia tertakluk kepada arahan am Ketua Pengarah dan syarat yang berikut, iaitu:

(a)

berkenaan dengan penyelidikan atau pemeriksaan tersebut, adanya satu perjanjian di antara warganegara Malaysia dengan orang yang memiliki vesel penangkapan ikan asing itu;

Perikanan 29

Suggest a correction

(b)

penjalanan apa-apa penyelidikan atau pemeriksaan itu hendaklah di bawah arahan am Ketua Pengarah; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa data dan dapatan daripada penyelidikan atau pemeriksaan itu boleh didapati oleh Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara dan kekerapan yang ditetapkan olehnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Tiada vesel penangkapan ikan asing boleh memuat atau memunggah apa-apa ikan, bahan api atau bekalan atau memindahkan ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah.

Laluan vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan

Malaysia

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Laluan itu, yang hendaklah dilakukan mengikut kaedah undang-undang antarabangsa mengenai laut berhubungan dengan rejim kelautan yang relevan yang terpakai bagi perairan perikanan

Malaysia itu, termasuk berhenti dan berlabuh hanya―

(b)

bagi maksud mendapatkan bantuan perubatan kecemasan bagi anggota krunya; atau

Suggest a correction

(c)

untuk memberi bantuan kepada orang, kapal atau pesawat udara yang berada dalam bahaya atau distres.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Nakhoda vesel penangkapan ikan asing yang memasuki perairan perikanan Malaysia bagi maksud yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah memberitahu seorang pegawai diberi kuasa melalui radio, teleks atau faksimili dalam Bahasa Inggeris atau Melayu tentang nama, Negara bendera, lokasi, jalan dan destinasi vesel itu,

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

jenis dan amaun ikan yang dibawanya dan tentang hal keadaannya ia memasuki perairan perikanan Malaysia.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap vesel penangkapan ikan asing yang memasuki perairan perikanan Malaysia bagi maksud yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah—

(a)

tanpa menyentuh kehendak bagi mematuhi mana-mana undang-undang Malaysia lain yang mungkin terpakai, mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 61, termasuklah peraturan berkenaan dengan penyimpanan peralatan menangkap ikan; dan

Suggest a correction

(b)

kembali ke suatu tempat di luar perairan itu sebaik sahaja tujuannya memasuki perairan itu telah tercapai.

Aku janji hendaklah termasuk dalam perjanjian perikanan antarabangsa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap perjanjian perikanan antarabangsa yang tersebut dalam seksyen 15 hendaklah termasuk suatu aku janji yang dibuat oleh kerajaan negara, atau oleh organisasi antarabangsa, yang menjadi satu pihak kepada perjanjian itu dengan Kerajaan Malaysia untuk mematuhi atau memastikan yang vesel penangkapan ikannya mematuhi peruntukan Akta ini.

Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira perkara tertentu dalam menimbang permohonan untuk mendapatkan permit

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

keperluan nelayan Malaysia dan peruntukan rancangan perikanan yang tersebut dalam Bahagian III;

Perikanan 31

Suggest a correction

(b)

takat kerjasama yang diberi dan caruman yang dibuat oleh negara yang relevan atau organisasi antarabangsa yang relevan terhadap penyelidikan perikanan, pengenalan stok ikan, pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan sumber-sumber perikanan dalam perairan perikanan Malaysia, dan pematuhan undang-undang Malaysia berhubung dengan sumber-sumber seperti itu oleh negara atau organisasi antarabangsa itu;

Suggest a correction

(c)

bantuan yang diberi oleh pemohon, negara yang relevan atau organisasi antarabangsa yang relevan dalam memajukan industri perikanan Malaysia, dalam melatih pekerja

Malaysia dan memindahkan teknologi ke industri perikanan di Malaysia;

Suggest a correction

(d)

terma apa jua perjanjian perikanan antarabangsa yang relevan yang berkuat kuasa; dan

Suggest a correction

(e)

persalingan layanan yang diberi kepada vesel penangkapan ikan tempatan oleh negara yang relevan atau organisasi antarabangsa yang relevan.

Suggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, “negara yang relevan” ertinya negara atau wilayah di mana vesel penangkapan ikan asing itu didaftarkan atau yang vesel penangkapan ikan asing itu tergolong dalamnya, dan

“organisasi antarabangsa yang relevan”

ertinya organisasi antarabangsa yang vesel penangkapan ikan asing itu tergolong dalamnya.

Permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(b)

Walau apa pun perenggan (1)(a), Ketua Pengarah mungkin menghendaki pembayaran sejumlah wang sebagaimana yang ditetapkannya sebagai cagaran bagi aktiviti yang akan dijalankan oleh vesel itu.

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada seksyen 21, apa-apa permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah menjadi sah bagi tempoh maksimum selama satu tahun dan adalah tertakluk kepada apa-apa syarat, dan pembayaran apa-apa jumlah wang, sebagaimana yang ditetapkan oleh

Ketua Pengarah, sebagai tambahan kepada pembayaran apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan

Suggest a correction

(1)

(b)

dan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menyentuh perenggan (1)(a), apa-apa jumlah wang yang dibayar sebagai cagaran di bawah perenggan (1)(b) boleh digunakan untuk membayar atau menanggung apa-apa denda atau tuntutan yang akan dikenakan atau yang akan timbul akibat dari atau melalui aktiviti vesel penangkapan ikan asing dan baki jumlah wang itu, jika ada, hendaklah dikembalikan apabila habisnya tempoh atau terbatalnya permit itu.

Suggest a correction

(4)

Syarat yang mungkin dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (2) bolehlah termasuk, dan dalam hal perenggan (t)

hendaklah termasuk, tetapi tidaklah terhad kepada, syarat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(c)

spesies, umur, panjang, berat dan banyaknya ikan yang boleh disimpan di atas vesel penangkapan ikan asing, yang didaratkan di Malaysia atau yang dipindah kapal;

Suggest a correction

(e)

jenis, saiz dan bilangan peralatan menangkap ikan yang boleh digunakan atau dibawa oleh vesel penangkapan ikan

Perikanan 33

asing dan cara menyimpan peralatan itu semasa tidak digunakan;

Suggest a correction

(f)

pemindahan, pindah kapal, pendaratan dan pemprosesan ikan yang ditangkap;

Suggest a correction

(g)

kemasukan vesel penangkapan ikan asing ke pelabuhan

Malaysia, sama ada bagi tujuan memeriksa tangkapannya atau bagi apa-apa maksud lain;

Suggest a correction

(h)

maklumat statistik dan lain-lain maklumat yang dikehendaki supaya diberi oleh vesel penangkapan ikan asing kepada Kerajaan Malaysia, termasuklah statistik berhubung dengan tangkapannya dan usaha menangkap ikan dan laporan tetap tentang kedudukan vesel itu;

Suggest a correction

(i)

penjalanan oleh vesel penangkapan ikan asing akan program yang ditetapkan bagi penyelidikan perikanan di perairan perikanan Malaysia dan pengawalseliaan tentang penyelidikan itu termasuklah mengumpul data tentang tangkapan, memindahkan sampel dan melaporkan data saintifik yang berkaitan;

Suggest a correction

(j)

latihan bagi rakyat Malaysia tentang cara menangkap ikan yang digunakan oleh vesel penangkapan ikan asing dan dalam lapangan lain yang berkaitan, pengambilan kerja rakyat Malaysia atas vesel penangkapan ikan asing dan pemindahan teknologi yang sesuai berhubung dengan perikanan ke Malaysia;

Suggest a correction

(k)

penyimpanan dan penunjukan atas vesel akan permit yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing;

Suggest a correction

(l)

penandaan yang kekal pada vesel penangkapan ikan asing dengan apa-apa huruf, nombor atau lain-lain cara pengenalan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua

Pengarah;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

(m)

pematuhan oleh vesel penangkapan ikan asing akan arahan, suruhan dan lain-lain kehendak yang diberi atau yang dibuat oleh kapal, lain-lain vesel atau pesawat udara kepunyaan Kerajaan Malaysia;

Suggest a correction

(n)

penempatan pemerhati atas vesel penangkapan ikan asing dan pembayaran ganti kepada Kerajaan Malaysia oleh pemegang permit akan kos melakukan sedemikian;

Suggest a correction

(o)

pemasangan atas vesel penangkapan ikan asing dan penyenggaraan suatu transponder atau kelengkapan lain yang berjalan dengan baik untuk mengenal dan menentukan lokasi vesel itu dan kelengkapan pelayaran yang cukup bagi membolehkan kedudukan vesel itu ditetapkan;

Suggest a correction

(p)

pembinaan kemudahan berpangkalan di pantai berhubung dengan perikanan;

Suggest a correction

(q)

pengangkutan ke atas vesel penangkapan ikan asing akan apa-apa kelengkapan perhubungan, carta nautika, penerbitan nautika dan peralatan nautika sebagaimana yang ditetapkan;

Suggest a correction

(r)

perlindungan secukupnya ke atas perikanan tempatan dan tradisional dan pampasan yang kena dibayar kepada warganegara Malaysa, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri dalam Malaysia kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh vesel penangkapan ikan asing terhadap vesel penangkapan ikan, peralatan menangkap ikan atau tangkapan kepunyaan warganegara

Malaysia atau mana-mana Kerajaan atau terhadap stok ikan;

Suggest a correction

(s)

pendaratan kesemua atau mana-mana bahagian tangkapannya oleh vesel penangkapan ikan asing di

Malaysia;

Perikanan 35

Suggest a correction

(t)

komposisi dan kerakyatan anggota-anggota kru vesel penangkapan ikan asing dan kehendak bagi mematuhi perenggan 10(1)(c);

Suggest a correction

(u)

pemeriksaan terhadap vesel penangkapan ikan asing tentang kelas dan kelayakan belayar dan keperluan keanggotaan;

Suggest a correction

(v)

fi, royalti, caj atau apa-apa bayaran lain oleh vesel penangkapan ikan asing;

Suggest a correction

(w)

penyenggaraan log dan rekod jualan ikan yang ditangkap oleh vesel penangkapan ikan asing; dan

Suggest a correction

(x)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang dianggap perlu atau bermanfaat oleh Ketua Pengarah bagi pelaksanaan

Bahagian ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika berlaku perlanggaran terhadap mana-mana syarat permit yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing—

(a)

pemunya dan nakhodanya adalah setiap orangnya bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ribu ringgit tiap-tiap seorang; dan

Suggest a correction

(b)

tiap-tiap anggota kru vesel itu adalah juga bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit tiap-tiap seorang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tiada permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh meringankan pemunya, nokhoda atau anggota kru mana-mana vesel penangkapan ikan asing daripada apa-apa kewajipan atau kehendak supaya mematuhi mana-mana undang-undang yang mungkin terpakai.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Membawa atau memiliki di perairan perikanan Malaysia ikan yang diambil atau diterima daripada vesel penangkapan ikan asing

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membawa masuk ke dalam, atau yang ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya di, perairan perikanan

Malaysia, ikan yang diambil atau yang diterima daripada vesel penangkapan ikan asing adalah bersalah melakukan suatu kesalahan melainkan jika dia dibenarkan secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 21

Pembatalan atau penggantungan permit

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika berlaku apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat dalam permit;

atau

Suggest a correction

(b)

jika dia berpuas hati bahawa tindakan itu adalah perlu atau bermanfaat bagi pengurusan perikanan yang sempurna.

Suggest a correction

(2)

Jika sesuatu permit telah dibatalkan atau digantung di bawah perenggan (1)(b), kadar apa-apa fi yang dibayar bagi permit yang merupakan tempoh permit yang belum tamat itu hendaklah dibayar ganti kepada pemegang permit tetapi apa jua bayaran ganti tidak boleh dibuat jika permit itu telah dibatalkan atau digantung kerana sebab lain.

Perubahan syarat dalam permit

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengubah syarat permit yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian bagi pengurusan perikanan yang sempurna, tetapi notis yang wajar tentang perubahan yang dicadangkan itu hendaklah diberi kepada pemegang permit yang mana jika dia berhasratkan sedemikian, adalah

Perikanan 37

mempunyai hak untuk didengar dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 23

Keputusan Ketua Pengarah tidak boleh dikaji semula

Open as pageSuggest a correction

Keputusan Ketua Pengarah di bawah seksyen 21 atau 22 tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah dengan alasan bahawa keputusan itu tidak perlu atau suai manfaat bagi pengurusan perikanan yang sempurna.

Seksyen 24

Liabiliti orang berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam Bahagian ini dan dalam mana-mana perundangan subsidiari, “anggota kru” tidak termasuk mana-mana kakitangan atau pemerhati yang adalah warganegara Malaysia dan yang berada atas vesel penangkapan ikan asing menurut suatu syarat permit yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud apa-apa kesalahan di bawah Bahagian ini, beban untuk membuktikan bahawa sesuatu vesel penangkapan ikan bukanlah vesel penangkapan ikan asing adalah terletak pada orang yang dipertuduh melakukan kesalahan yang berhubungan dengannya isu itu berbangkit.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

dan jika tiada penalti khas diperuntukkan berhubungan dengannya, orang itu boleh—

(a)

jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan asing atau orang yang berkenaan itu ialah rakyat negara asing, dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap orang dalam hal pemunya atau nakhoda, dan enam ratus ribu ringgit dalam hal tiap-tiap anggota kru;

(aa) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan tempatan dan kesalahan itu dilakukan di laut lepas, dikenakan denda tidak melebihi empat juta ringgit;

Suggest a correction

(b)

dalam segala hal lain, dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan, racun, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik, atau apa-apa alat yang dilarang, bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan atau menangkap ikan, atau dengan apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang ditangkap;

Suggest a correction

(b)

membawa atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik, atau apa-apa alat yang dilarang, dengan tujuan hendak menggunakan bahan letupan, racun atau pencemar, atau perkakas, atau alat yang dilarang itu, bagi apa-apa maksud yang tersebut dalam perenggan (a); atau

Suggest a correction

(c)

mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana ikan adalah spesies yang

Perikanan 39

dilarang atau telah ditangkap dengan melanggar peruntukan

Akta ini, menerima atau didapati memiliki ikan itu, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, perkakas atau alat yang tersebut dalam subseksyen (1) yang dijumpai dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana orang hendaklah dianggap sebagai dicadang untuk digunakan bagi apa-apa maksud yang tersebut dalam perenggan (1)(a) melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Mamalia akuatik atau penyu di perairan perikanan Malaysia

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan undang-undang Negeri yang relevan hendaklah terpakai berkenaan dengan mamalia akuatik dan penyu yang dijumpai dalam bidang kuasa itu.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa itu ditangkap atau diambil dengan tidak sengaja semasa menangkap ikan, mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah, jika masih hidup, dilepaskan dengan segera atau, jika telah mati, penangkapan atau pengambilannya itu hendaklah dilaporkan kepada pegawai perikanan dan mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah dilupuskan mengikut arahannya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Kerosakan dengan sengaja terhadap vesel penangkapan ikan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dengan sengaja merosakkan atau memusnahkan mana-mana vesel penangkapan ikan, belat ikan,

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 29

Memusnahkan keterangan yang menuduh

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memusnahkan atau meninggalkan apa-apa ikan, mamalia akuatik, penyu, peralatan menangkap ikan, bahan letupan, racun, pencemar, perkakas, alat yang dilarang atau apa-apa benda lain, dengan tujuan untuk mengelak penyitaannya atau pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 30

Nakhoda dan majikan adalah bertanggungan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, perkongsian, firma atau perniagaan, tiap-tiap pengarah atau tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ada kaitan secara lansung dengan aktiviti itu yang menyebabkan berlakunya kesalahan, tiap-tiap anggota perkongsian itu, dan tiap-tiap orang yang ada kena mengena dengan pengurusan firma atau perniagaan itu adalah setiap seorangnya bersalah melakukan kesalahan itu.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(1B)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa kesalahan yang dilakukan berlanggaran dengan perenggan 8(a), subseksyen 11(3), 11(3A), 15(1) atau seksyen 16 yang dibaca dengan seksyen 25 atau 26 tidaklah boleh dikompaun.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Ketua Pengarah boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah subseksyen 11(3) atau 11(3A) jika peralatan menangkap ikan yang berhubungan dengannya kesalahan itu dilakukan adalah peralatan menangkap ikan tradisional, dengan sejumlah wang yang tidak kurang daripada lima ratus ringgit dan tidak melebihi denda maksimum bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu peralatan menangkap ikan menjadi hal perkara apa-apa kesalahan yang dikompaun di bawah subseksyen (1), peralatan menangkap ikan itu boleh dirampas dan dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(5)

Jika apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini telah dikompaunkan mengikut seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan apa-apa barang daripada jenis yang mudah rosak yang menjadi hal perkara apa-apa kesalahan, dijual dan hasil jualan itu dilucuthakkan.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kelas Satu adalah mempunyai bidang kuasa dan kuasa penuh di bawah Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidaklah boleh diertikan sebagai mengurangkan dengan apa jua cara bidang kuasa dan kuasa Mahkamah Tinggi untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa prosiding di bawah Akta ini hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu yang paling dekat dengan tempat di mana kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau yang terletak di tempat yang paling mudah untuk dibicarakan mengikut hal keadaan kes itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(4)

Seksyen ini adalah dengan tidak menyentuh peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan pemindahan kes.

Kuasa mahkamah untuk mengarahkan pembatalan lesen atau permit

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang yang berhubungan dengannya sesuatu lesen atau permit telah dikeluarkan di bawah Akta ini dipertuduh dan didapati bersalah melakukan kesalahan kali kedua atau kesalahan yang

Perikanan 43

berikut di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya orang itu hilang kelayakannya daripada memegang sesuatu lesen atau permit di bawah Akta ini selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan orang itu adalah bersalah melakukan suatu kesalahan jika dia memperoleh atau cuba memperolehi apa-apa lesen atau permit di bawah Akta ini semasa dia hilang kelayakan itu.

Mahkamah boleh mengarahkan supaya dilucut hak vesel yang disita, dsb., dalam hal keadaan tertentu

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa apa-apa vesel, kenderaan, barang atau benda yang disita di bawah Akta ini telah menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh memerintahkan supaya vesel, kenderaan, barang atau benda itu dilucut hak walaupun tiada seorang pun telah didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

Seksyen 35

Anggapan mengenai peta, pelan atau carta yang dibuat dengan kuasa Kerajaan

Open as pageSuggest a correction

(c)

Kerajaan sesuatu “Negeri” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Zon Eksklusif 1984 dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana

Negeri dalam Malaysia untuk kegunaan, telah dibuat sedemikian rupa dan adalah tepat.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi ukur dan

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

pemetaan atau Menteri yang bertanggungjawab bagi pertahanan yang menyatakan bahawa sesuatu peta, pelan atau carta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam apa-apa prosiding undang-undang, menjadi bukti muktamad mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian.

Menteri boleh melantik orang lain menjadi pegawai diberi kuasa

Suggest a correction

Seksyen 36

Tanpa menyentuh takrif “pegawai diberi kuasa” dalam seksyen 2,

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, melantik mana-mana orang atau golongan orang lain yang difikirkannya perlu menjadi pegawai diberi kuasa bagi maksud Akta ini.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PENYU DAN PERIKANAN DARAT

Suggest a correction

Galakan pemajuan dan pengurusan perikanan darat

Seksyen 37

Ketua Pengarah boleh, dengan berunding dengan Pihak Berkuasa

Open as pageSuggest a correction

Negeri yang berkenaan, menggalakkan pemajuan dan pengurusan yang rasional bagi perikanan darat melalui—

(b)

peruntukan dan senggaraan ke atas stesen akuakultur percubaan dan tunjuk cara, tempat pembiak-baik ikan dan pusat latihan;

Suggest a correction

(c)

peruntukan nasihat dan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang berkenaan dalam Negeri itu;

Suggest a correction

(d)

peruntukan kemudahan publisiti dan tunjuk cara dan perkhidmatan lain yang berkaitan; dan

Suggest a correction

(e)

peruntukan nasihat mengenai langkah untuk mencegah penyakit ikan.

Perikanan 45

Kuasa pihak Berkuasa Negeri dan Menteri untuk membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan penyu dan perikanan darat

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memaju dan mengawal selia akuakultur di perairan sungai dan, khususnya, mengadakan peruntukan bagi pemajakan dan pelesenan tasik, paya, kolam lombong dan kolam lain dan tanah dan kawasan lain untuk memelihara ikan, menetapkan piawaian bagi pembinaan dan kendalian establismen akuakultur (termasuk saiz dan dalamnya kolam itu), langkah-langkah untuk mencegah penyakit ikan dan mengawal spesies ikan yang tertentu yang mungkin dikeluarkan melalui pemeliharaan;

Suggest a correction

(b)

untuk membuat peruntukan mengenai pelesenan, pengawalseliaan dan pengurusan mana-mana perikanan darat tertentu dan mengenai pengurusan penyu;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat peruntukan mengenai pelesenan vesel penangkapan ikan dan peralatan menangkap ikan yang dikendalikan atau digunakan di perairan sungai;

Suggest a correction

(d)

untuk mengawal selia atau melarang apa-apa cara menangkap ikan di perairan sungai atau penggunaan atau milikan apa-apa jenis perangkap atau jaring yang tertentu, dan untuk menetapkan saiz mata jaring yang minimum bagi jaring ikan;

Suggest a correction

(e)

untuk mengawal selia atau melarang pembinaan, senggaraan, penandaan dan pengendalian, belat ikan di perairan sungai;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

(f)

untuk menetapkan berat dan saiz ikan yang minimum yang boleh ditangkap di perairan sungai bagi maksud jualan, pemprosesan, penggunaan atau kesukanan, atau untuk melarang penangkapan apa-apa spesies ikan yang ditetapkan;

Suggest a correction

(g)

untuk menetapkan musim tertutup menangkap ikan di mana-mana kawasan yang ditetapkan, menangkap spesies ikan yang tertentu atau menangkap ikan dengan menggunakan cara-cara menangkap ikan yang tertentu di perairan sungai;

Suggest a correction

(h)

untuk menentukan kawasan yang dilarang untuk menangkap semua spesies ikan atau spesies ikan yang tertentu atau menangkap ikan dengan menggunakan cara menangkap ikan yang tertentu di perairan sungai;

Suggest a correction

(i)

untuk menentukan orang mengikut nama atau jawatan menjadi pegawai pelesenan di bawah Bahagian ini dan untuk menetapkan kuasa yang akan dijalankan oleh pegawai itu dan oleh pegawai perikanan atau pegawai perikanan darat, mengikut mana yang berkenaan, berkenaan dengan penyu dan perikanan darat;

Suggest a correction

(j)

untuk menetapkan syarat dan tatacara membuat permohonan mendapatkan apa-apa permit, lesen, perakuan atau lain-lain dokumen yang dikehendaki di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini berhubung dengan penyu dan perikanan darat bentuknya dan amaun fi dan deposit yang kena dibayar baginya;

Suggest a correction

(k)

bagi maksud pemuliharaan ikan di perairan sungai, untuk mengawal selia dan mengawal pembinaan apa-apa geluncuran, empangan atau lain-lain galangan, atau membuang pasir atau batu kelikir atau perubahan lain kepada persekitaran semula jadi atau habitat ikan;

Suggest a correction

(m)

untuk menentukan, menetapkan, menggalakkan, memperuntukkan atau mengawal selia apa-apa perkara lain

Perikanan 47

bagi pemuliharaan, kemajuan, pengurusan dan pengawalseliaan yang sempurna ke atas penyu dan perikanan darat.

Suggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, “penyu” termasuklah telur penyu.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

Seksyen 39

Ketua Pengarah boleh, dan dengan berunding dengan Pihak

Open as pageSuggest a correction

Berkuasa Negeri yang berkenaan di mana ia berhubung dengan perikanan darat di Negeri-Negeri Malaysia, menggalakkan pemajuan akuakultur di Malaysia.

Seksyen 40

Kawalan ke atas ikan hidup

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia;

Suggest a correction

(b)

mengangkut dari Malaysia Barat ke dalam Wilayah

Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah atau Sarawak;

Suggest a correction

(c)

mengangkut dari Wilayah Persekutuan Labuan atau Negeri

Sabah atau Sarawak ke dalam Malaysia Barat;

Suggest a correction

(d)

mengangkut dari Wilayah Persekutuan Labuan ke dalam

Negeri Sabah atau Sarawak;

Suggest a correction

(e)

mengangkut dari Negeri Sabah ke dalam Wilayah

Persekutuan Labuan atau Negeri Sarawak; atau

Suggest a correction

(f)

mengangkut dari Negeri Sarawak ke dalam Wilayah

Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah,

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

ikan hidup tanpa permit atau berlanggaran dengan apa-apa syarat dalam permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dalam permit, termasuklah syarat berkenaan dengan keadaan kebersihan ikan yang akan dieksport, diimport atau diangkut dan langkah untuk mengelak merebaknya penyakit ikan yang boleh berjangkit, atau untuk mengelak atau mengawal spesies ikan yang bukan asli daripada dilepaskan ke persekitaran semula jadi.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), permit untuk mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah

Kuarantin dan Pemeriksaan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Suggest a correction

(5)

Suatu permohonan bagi permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dibuat mengikut Akta

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Suggest a correction

(6)

Penguatkuasaan berhubung dengan ikan hidup di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta Perkhidmatan

Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 mengikut kuasa di bawah

Akta itu.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “pintu masuk”, “stesen kuarantin”

dan “premis kuarantin” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Perikanan 49

Suggest a correction

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

TAMAN LAUT DAN RIZAB LAUT

Suggest a correction

Penubuhan taman laut atau rizab laut

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu dan untuk melindungi, memelihara dan mengawal tapak pembiakan semula jadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian yang khusus kepada spesies flora dan fauna yang luar biasa atau yang mendatangkan bahaya;

Suggest a correction

(b)

membiarkan hidupan akuatik hidup semula di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu di mana hidupan itu telah pupus;

Suggest a correction

(c)

menggalakkan pengkajian dan penyelidikan saintifik berkenaan dengan kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu;

Suggest a correction

(d)

mengekalkan dan meninggikan keadaan asli dan daya pengeluaran kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; dan

Suggest a correction

(e)

mengawal selia aktiviti rekreasi dan aktiviti lain dalam kawasan itu atau dalam sebahagian daripada kawasan itu untuk mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada persekitarannya.

Suggest a correction

(2)

Batas mana-mana kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan yang ditubuhkan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah subseksyen (1) boleh dipinda oleh Menteri melalui perintah dalam

Warta dan perintah itu boleh juga memperuntukkan supaya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu terhenti daripada menjadi taman laut atau rizab laut.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan

Rizab Laut dan keanggotaan

Suggest a correction

Seksyen 41A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian Malaysia;

Suggest a correction

(c)

wakil

Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

Suggest a correction

(d)

wakil

Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan alam sekitar;

Suggest a correction

(f)

wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara;

Suggest a correction

(g)

wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana

Menteri;

Suggest a correction

(h)

wakil Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia;

Suggest a correction

(l)

mana-mana anggota lain yang akan dilantik dari semasa ke semasa.

Perikanan 51

Fungsi Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab

Laut

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 41B

Open as pageSuggest a correction

Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut hendaklah menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kawasan taman laut dan rizab laut khususnya—

(a)

untuk menentukan garis panduan berkenaan dengan perlindungan, pemuliharaan, penggunaan, kawalan, pengurusan dan kemajuan kawasan taman laut dan rizab laut bagi pelaksanaan di peringkat kebangsaan;

Suggest a correction

(b)

untuk menyelaraskan pembangunan mana-mana kawasan taman laut atau rizab laut dengan Kerajaan Persekutuan dan mana-mana pertubuhan perbadanan; dan

Suggest a correction

(c)

untuk memberi nasihat teknik kepada Kerajaan Negeri berkenaan dengan apa-apa projek pembangunan di mana-mana pulau yang terletak di dalam kawasan taman laut atau rizab laut.

Kuasa dan tanggungjawab Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah adalah berkuasa untuk mengawal dan mengarah secara am dan bertanggungjawab untuk menyelaraskan semua perkara berhubung dengan taman laut dan rizab laut di perairan perikanan

Malaysia.

Kesalahan kerana melakukan perbuatan tertentu tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(a)

menangkap ikan atau cuba menangkap ikan;

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

(b)

mengambil, mengalih atau memiliki mana-mana haiwan akuatik atau tumbuhan akuatik atau sebahagian daripadanya, sama ada yang hidup atau mati;

Suggest a correction

(c)

memungut atau memiliki mana-mana karang, mengorek atau mengeluarkan mana-mana pasir atau batu kelikir, membuang atau meletakkan apa-apa pencemar, mengubah atau memusnahkan tapak pembiak-baka semula jadi atau habitat hidupan akuatik, atau memusnahkan mana-mana hidupan akuatik;

Suggest a correction

(d)

membina atau mendirikan apa-apa bangunan atau binaan lain atas atau yang merintangi mana-mana tanah atau perairan dalam sesuatu taman laut atau rizab laut;

Suggest a correction

(e)

melabuhkan mana-mana vesel dengan menjatuhkan apa-apa jenis pemberat, atau dengan menyangkutkan apa-apa jenis tali atau rantai, kepada mana-mana karang, batu atau benda lain yang timbul; atau

Suggest a correction

(f)

memusnahkan, mencatatkan atau mengalih apa-apa benda, sama ada bernyawa atau tidak bernyawa, dalam taman laut atau rizab laut, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Kebenaran untuk melakukan mana-mana perkara tersebut dalam subseksyen (1) boleh diberi oleh Ketua Pengarah secara bertulis jika ia adalah perlu bagi pengurusan yang sempurna ke atas taman laut atau rizab laut atau menurut apa-apa maksud yang tersebut dalam seksyen 41.

Larangan mutlak terhadap senjata tertentu

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa jua senapang angin, serampang, kelengkapan melembing ikan, tempuling atau senapang sedutan; atau

Perikanan 53

Suggest a correction

(b)

apa jua jenis senjata lain yang berkemungkinan berbahaya kepada hidupan tumbuhan akuatik, hidupan haiwan akuatik atau struktur terumbu karang.

Suggest a correction

(2)

Penggunaan apa jua senjata yang tersebut dalam subseksyen (1) dari luar batas taman laut atau rizab laut dan ditujukan atau diarahkan ke hala taman laut atau rizab laut adalah juga dilarang.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan taman laut dan rizab laut yang berlainan dan peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan mengenai pembahagian taman dan rizab itu kepada zon dan boleh menetapkan syarat yang menurutnya setiap zon dibentuk dan disenggarai.

Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud menentukan pematuhan peruntukan Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, tanpa waran—

(a)

menghentikan, menaiki dan menggeledah mana-mana vesel dalam perairan perikanan Malaysia dan menjalankan apa-apa penyiasatan, pemeriksaan dan penelitian berkenaan dengan pelayaran dan kelayakan belayar vesel itu, krunya,

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

kelengkapan atau peralatan menangkap ikan, atau ikan yang dibawa naik ke atas vesel itu;

Suggest a correction

(b)

menghentikan, menaiki dan menggeledah, serta memeriksa mana-mana vesel atau kenderaan yang mengangkut ikan, sama ada dalam perairan perikanan Malaysia atau atas darat;

Suggest a correction

(c)

menghendaki supaya dikemukakan dan memeriksa mana-mana peralatan menangkap ikan sama ada dalam perairan perikanan Malaysia atau atas darat;

Suggest a correction

(d)

memeriksa mana-mana belat ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut dalam perairan perikanan Malaysia;

Suggest a correction

(e)

memeriksa mana-mana lesen, permit, rekod, perakuan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah dan piawai yang diakui umum, dan membuat salinannya.

Kuasa untuk memasuki, menyita serta menangkap, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(a)

memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini hampir dilakukan atau telah dilakukan;

Suggest a correction

(b)

mengambil sampel mana-mana ikan yang didapati dalam mana-mana vesel atau kenderan yang diperiksa di bawah seksyen 46 atau mana-mana tempat yang digeledah di bawah perenggan (a);

Suggest a correction

(c)

menangkap mana-mana orang yang dia ada sebab bagi mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini;

Perikanan 55

Suggest a correction

(d)

menyita mana-mana vesel, termasuk kelengkapan, alat, perabot, alatan bersangkutan, storan dan kargo, atau apa-apa kenderaan yang dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan semasa melakukan apa-apa kesalahan atau yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

menyita mana-mana ikan yang dia ada sebab bagi mempercayai telah ditangkap semasa melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(f)

menyita apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan, atau berada dalam milikan seseorang, dengan melanggar seksyen 26; atau

Suggest a correction

(g)

menyita mana-mana vesel penangkapan ikan yang tidak berlesen, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut.

Suggest a correction

(2)

Semasa melaksanakan apa-apa jua penyitaan di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang semunasabahnya perlu.

Suggest a correction

(3)

Suatu akuan terima bertulis hendaklah diberi berkenaan dengan apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1).

Kuasa penyiasatan pegawai perikanan

Suggest a correction

Seksyen 47A

Akta ini, tanpa waran—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai perikanan supaya memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu yang adalah dalam kuasa orang itu untuk memberi adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat atau mengemukakan dokumen atau benda lain itu.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Kuasa pegawai perikanan untuk menghendaki kehadiran saksi

Suggest a correction

Seksyen 47B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang sedemikian enggan untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki, maka pegawai itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang sesudah itu boleh mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan saraan yang munasabah yang dilakukan olehnya dan adalah sah bagi Ketua

Pengarah untuk membayar perbelanjaan tersebut.

Pemeriksaan saksi oleh pegawai perikanan

Suggest a correction

Seksyen 47C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu:

Dengan syarat bahawa orang sedemikian boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar,

Perikanan 57

sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai perikanan yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamasa mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, setelah pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalam mana pernyataan itu dibuat dan setelah dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Prosedur jika penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam dua puluh empat jam oleh pegawai perikanan

Suggest a correction

Seksyen 47D

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majistret yang ke hadapannya orang itu dikemukakan di bawah subseksyen (1) boleh, sama ada dia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu atau tidak, dari semasa ke semasa membenarkan orang itu ditahan dalam jagaan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya selama tempoh tidak melebihi lima belas hari pada keseluruhannya.

Jualan ikan atau benda lain dari jenis yang mudah rosak

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kerajaan Malaysia tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang atas apa-apa kemerosotan mutu mana-mana ikan atau benda lain yang disita di bawah Akta ini yang disebabkan dengan apa jua cara.

Penyitaan dan pelucuthakan vesel, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa tuntutan bertulis diterima di bawah subseksyen (1), tuntutan itu hendaklah dirujukkan oleh Ketua

Pengarah kepada Mahkamah Sesyen atau kepada Mahkamah

Majistret Kelas Satu untuk mendapatkan keputusannya mengenai pelupusan vesel, kenderaan, benda atau barang itu yang boleh, tertakluk kepada seksyen 50, ditahan sementara menunggu selesainya prosiding itu.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah yang berkenaan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki pihak menuntut dan orang, jika ada, yang daripadanya vesel, kenderaan, benda atau barang itu telah disita supaya hadir dalam Mahkamah dan apabila pihak menuntut atau orang itu hadir, atau apabila dia gagal berbuat demikian setelah diberi notis yang munasabah, Mahkamah hendaklah terus bertindak meneliti perkara itu dan membuat suatu perintah setelah fakta itu dibuktikan.

Memulangkan sementara vesel, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jaminan yang akan diberi di bawahnya tidaklah boleh kurang daripada nilai agregat vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargonya dan peralatannya menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana yang —

(a)

apabila diminta, tidak menyerahkan kepada Ketua Pengarah vesel, kenderaan, benda atau barang yang dipulangkan untuk sementara waktu kepadanya di bawah subseksyen (1);

atau

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Kos menahan vesel, dsb., dalam jagaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana vesel, kenderaan, benda atau barang ditahan dalam jagaan Kerajaan Malaysia sementara menunggu selesainya sesuatu prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos menahan vesel, kenderaan, benda atau barang dalam jagaan itu hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah melakukan kesalahan itu, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada

Kerajaan Malaysia secara bersesama dan berasingan oleh pemegang lesen, pemegang permit, pemunya, dan nakhoda vesel itu dan boleh didapatkan kembali dengan sewajarnya.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Rampasan dan pelupusan vesel, dsb.

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(a)

di bawah perenggan 8(a), subseksyen 11(3), 11(3A), 15(1)

atau seksyen 26; dan

Suggest a correction

(b)

kerana melanggar apa-apa syarat lesen yang berhubungan dengan kawasan penangkapan ikan yang dibenarkan di bawah lesen itu, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan―

Suggest a correction

(i)

memerintahkan supaya vesel

(termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu atau yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dilucuthakkan; dan

(ii)

memerintahkan supaya apa-apa ikan yang ditangkap dalam melakukan kesalahan itu atau hasil jualan apa-apa ikan atau benda lain daripada jenis yang mudah rosak yang disebutkan dalam seksyen 48, dan apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang digunakan atau yang dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikannya), kenderaan, benda, barang, bahan letupan, racun, pencemar, perkakas, alat yang dilarang atau ikan yang diperintah supaya dilucuthakkan di bawah subseksyen (1) atau disifatkan terlucut hak atau diperintah supaya dilucuthakkan di bawah seksyen 49 hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut dan selaras

(i)

Paragraph

(ii)

Perikanan 61

dengan apa-apa skim yang mengehadkan usaha menangkap ikan oleh

Ketua Pengarah.

Galangan terhadap pegawai diberi kuasa

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menentang atau dengan sengaja menghalang mana-mana pegawai diberi kuasa atau tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dibuat oleh mana-mana pegawai diberi kuasa semasa menjalankan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Seksyen 54

Pegawai diberi kuasa hendaklah mengisytiharkan jawatan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai diberi kuasa apabila melaksanakan fungsi atau kewajipannya atau semasa menjalankan kuasanya di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada mana-mana orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan, apa-apa surat pengenalan atau surat kebenaran bertulis membuktikan dia adalah pegawai diberi kuasa bagi maksud Akta ini.

Seksyen 55

Halangan untuk bertindak

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa tindakan boleh dibuat terhadap Kerajaan

Malaysia atau mana-mana pegawai diberi kuasa bagi apa-apa kerosakan yang berlaku terhadap mana-mana vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikannya), kenderaan, benda atau barang yang disita di bawah Akta ini melainkan jika terdapat keterangan prima facie tentang kecuaian melampau.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

(b)

peralatan menangkap ikan atau kelengkapan lain untuk menangkap ikan, dijumpai di atas vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan

Malaysia, maka ikan, peralatan menangkap ikan atau kelengkapan itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah masing-masing dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya—

Suggest a correction

(i)

telah ditangkap di perairan perikanan Malaysia; atau

(ii)

telah digunakan untuk menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia, tanpa suatu permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Suatu panggilan radio yang dibuat oleh vesel penangkapan ikan asing kepada seseorang pegawai diberi kuasa sebelum memasuki perairan perikanan Malaysia—

(a)

yang memberitahu bahawa vesel itu sedang membuat laluannya melalui perairan perikanan Malaysia; dan

Suggest a correction

(b)

yang memberitahu jalannya yang dicadangkan dan banyaknya ikan di atas vesel, dan menunjukkan bukti, jika vesel itu dihentikan, dinaiki dan digeledah di bawah seksyen 46, bahawa—

Suggest a correction

(i)

ikan di atas vesel itu disimpan dalam geladak tertutup;

(ii)

peralatan menangkap ikan atau lain-lain kelengkapan untuk menangkap ikan itu disimpan dan dilindungi dengan sempurnanya di atas vesel

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

Perikanan 63

itu supaya ianya tidak mudah didapati untuk menangkap ikan; dan

(iii)

vesel itu sedang belayar melalui perairan perikanan

Malaysia dari suatu tempat di luar perairan itu ke suatu tempat lain di luar perairan itu melalui jalan paling pendek yang praktik, adalah mencukupi untuk menjadi suatu pembelaan dalam pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian XI

BAHAGIAN XI

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam apa-apa hal, dengan menghantar serah sendiri satu salinannya kepada orang yang dokumen itu hendak disampaikan;

Suggest a correction

(b)

jika dokumen itu hendak disampaikan kepada nakhoda vesel atau kepada orang yang bekerja dalam vesel, dengan meninggalkan dokumen itu untuknya itu di atas vesel tersebut dengan orang yang mana adalah, atau didapati sebagai, mengetuai atau menjaga vesel itu;

Suggest a correction

(c)

dengan menampalkan satu salinan dokumen itu pada mana-mana bahagian yang mudah dilihat di rumahnya atau pada vesel atau kenderaannya; atau

Suggest a correction

(d)

dengan cara surat berdaftar yang dialamatkan ke tempat tinggalnya yang terakhir.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu dokumen yang hendak disampaikan kepada nakhoda vesel yang didaftarkan di Malaysia atau yang dilesenkan atau yang

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

dibenarkan menangkap ikan di bawah Akta ini boleh, jika nakhoda tidak dijumpai, disampaikan kepada pemunya atau pengurus vesel itu atau, jika tidak ada pengurus, kepada ejen pemunya itu yang tinggal di

Malaysia atau, jika ejen seperti itu tidak diketahui atau didapati, dengan menampalkan satu salinan dokumen itu pada tiang vesel itu.

Pengecualian bagi maksud tertentu

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, melalui perintah secara bertulis, bagi maksud penyelidikan atau latihan atau kaji selidik mengenai kebolehlaksanaan ekonomi apa-apa aktiviti penangkapan ikan, atau pemuliharaan atau pengurusan yang sempurna terhadap perikanan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakannya, mengecualikan mana-mana vesel atau orang daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 59

Daftar lesen dan permit

Open as pageSuggest a correction

Daftar yang menunjukkan butir lesen dan permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah disenggara dan disimpan di suatu tempat atau tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 60

Pengecualian

Open as pageSuggest a correction

Tiada satu pun dalam Akta ini boleh terpakai bagi kawasan yang ditentukan dalam Jadual-Jadual kepada Enakmen Hak Sungai

[Bab 207], atau bagi kawasan yang dikenali sebagai Karang Air

Leleh dan yang ditentukan dalam Jadual kepada Enakmen Karang

Air Leleh [Bab 220], atau boleh menyentuh hak eksklusif Raja untuk menangkap ikan di dalam dan di atas kawasan tersebut.

Seksyen 61

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan khusus atau amnya mengenai pemuliharaan, pemajuan dan pengurusan yang sempurna perikanan kelautan dan penangkapan ikan di muara dan perikanan di

Perikanan 65

perairan perikanan Malaysia dan berkenaan dengan industri yang berkaitan, mengenai pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas, mengenai pemuliharaan, pemajuan, pengurusan dan pengawalseliaan penyu di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia, dan mengenai pelaksanaan peruntukan Akta ini, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada peraturan mengenai semua atau mana-mana daripada maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kaedah dan tatacara berkenaan dengan pelaburan modal asing dan cadangan usaha niaga bersama dalam perikanan, termasuklah prosedur untuk memindahkan teknologi dan melatih kakitangan Malaysia dengan berkesan;

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan bilangan, kerakyatan dan komposisi orang yang dibenarkan diambil kerja atau dibawa di atas vesel penangkapan ikan;

Suggest a correction

(c)

untuk menetapkan piawai keanggotaan bagi vesel penangkapan ikan dan untuk menubuhkan lembaga pemeriksa supaya memeriksa calon berkenaan dengan kecekapan mereka dalam piawaian itu untuk disahkan, dengan berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Laut;

Suggest a correction

(d)

untuk mengadakan syarat yang kena dipatuhi oleh vesel penangkapan ikan tempatan dan asing dalam perairan perikanan Malaysia, termasuklah syarat berhubung dengan penyimpanan peralatan menangkap ikannya apabila tidak digunakan, dan amnya untuk mengawal selia penjalanan kerja menangkap ikan;

Suggest a correction

(e)

untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan, pengawalseliaan dan pengurusan mana-mana perikanan tertentu;

Suggest a correction

(f)

untuk menetapkan musim tertutup berkenaan dengan kawasan perikanan yang ditetapkan atau berkenaan dengan spesies ikan yang ditetapkan, atau cara menangkap ikan yang ditetapkan;

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Suggest a correction

(g)

untuk menetapkan batasan mengenai kuantiti, saiz dan berat ikan yang ditangkap dan disimpan atau diperdagangkan;

Suggest a correction

(h)

untuk menetapkan saiz mata jaring yang minimum;

Suggest a correction

(i)

untuk menetapkan kawasan menangkap ikan yang dilarang bagi menangkap semua ikan atau spesies ikan yang tertentu atau cara menangkap ikan;

Suggest a correction

(j)

tanpa menyentuh seksyen 45, untuk mengawal selia aktivti dalam taman laut dan rizab laut yang ditubuhkan di bawah

Suggest a correction

Bahagian IX

Bahagian IX;

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

Akta Perikanan 1963 [Akta 210] dimansuhkan.

________________________________

70

Akta 317

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A854

Akta Perikanan (Pindaan) 1993

01-09-1993

Akta A1413

Akta Perikanan (Pindaan) 2012

01-07-2012

Akta A1601

Akta Perikanan (Pindaan) 2019

30-09-2019

_________________

71

Akta 317

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

Akta A1601

30-09-2019

Mukadimah

Akta A1601

30-09-2019

1

Akta A1601

30-09-2019

2

Akta A854

01-09-1993

3

Akta A1601

30-09-2019

8

Akta A854

01-09-1993

Akta A1601

30-09-2019

11

Akta A854

01-09-1993

Akta A1601

30-09-2019

13

Akta A854

01-09-1993

14

Akta A854

01-09-1993

14A

Akta A854

01-09-1993

Akta A1601

30-09-2019

15

Akta A854

01-09-1993

16

Akta A854

01-09-1993

24

Akta A854

01-09-1993

25

Akta A854

01-09-1993

Akta A1601

30-09-2019

31

Akta A854

01-09-1993

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

Akta A1601

30-09-2019

35

Akta A854

01-09-1993

40

Akta A854

01-09-1993

Akta A1413

01-07-2012

41A

Akta A854

01-09-1993

41B

Akta A854

01-09-1993

47

Akta A854

01-09-1993

47A

Akta A854

01-09-1993

47B

Akta A854

01-09-1993

47C

Akta A854

01-09-1993

47D

Akta A854

01-09-1993

50

Akta A854

01-09-1993

52

Akta A854

01-09-1993

Akta A1601

30-09-2019

53

Akta A854

01-09-1993

56

Akta A854

01-09-1993

58

Akta A854

01-09-1993

61

Akta A854

01-09-1993

Akta A1601

30-09-2019

______________

(k)

untuk melarang cara menangkap ikan atau peralatan menangkap ikan;

Suggest a correction

(m)

untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan, pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan dan sistem kultur laut;

Suggest a correction

(n)

untuk mengawal selia atau melarang pembinaan, senggaraan, penjalanan, pembaikan dan pencahayaan belat ikan, peranti mengumpul ikan dan sistem kultur laut;

Suggest a correction

(o)

untuk mengawal selia pendaratan ikan, untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan dan kawalan ke atas pelabuhan menangkap ikan dan kawasan mendaratkan ikan, dan untuk melantik mana-mana agensi sebagaimana yang dikehendaki untuk melaksanakan pengurusan dan kawalan itu;

Suggest a correction

(q)

untuk melarang atau mengawal pengimportan dan pengeksportan ikan hidup, termasuklah ikan air tawar, dan khususnya, untuk melarang atau mengawal pengimportan ke dalam, atau jualan, penternakan atau penyimpanan ikan

Perikanan 67

hidup atau apa-apa spesies ikan hidup yang tertentu yang bukan berasal dari mana-mana bahagian dalam Malaysia atau dari perairan perikanan Malaysia;

Suggest a correction

(r)

untuk menggalak dan mengawal selia akuakultur di perairan kelautan;

Suggest a correction

(s)

untuk menetapkan syarat dan tatacara memohon apa-apa pemberikuasaan, permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini, bentuknya dan amaun fi, deposit dan sekuriti yang kena dibayar berkenaan dengannya;

Suggest a correction

(t)

untuk membuat peruntukan mengenai dan memperbaiki pengumpulan statistik dan menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penangkapan ikan, pemasaran, pemprosesan atau akuakultur supaya memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki;

Suggest a correction

(u)

untuk mengurus dan mengawal selia penangkapan ikan sebagai satu sukan;

Suggest a correction

(v)

untuk membuat peruntukan mengenai kuasa pegawai diberi kuasa, pegawai perikanan dan timbalan pegawai perikanan;

Suggest a correction

(x)

untuk mengadakan peruntukan mengenai pemuliharaan dan pengurusan penyu di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia;

Suggest a correction

(y)

untuk menetapkan perkara berhubung dengan kawalan dan penyitaan vesel penangkapan ikan tempatan dan asing;

Suggest a correction

(z)

untuk mengadakan peruntukan mengenai apa-apa langkah lain sebagaimana yang perlu atau bermanfaat bagi memastikan bahawa vesel penangkapan ikan asing digunakan untuk menangkap ikan dalam zon ekonomi eksklusif atau untuk menangkap ikan dari spesies sedentari di pelantar benua sahaja mengikut syarat permitnya;

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

(aa) untuk menghendaki pemohon pemberikuasaan, lesen atau permit supaya menyempurnakan bon, membuat deposit atau memberi bentuk sekuriti lain bagi menyempurnakan apa-apa tanggungan di bawah pemberikuasaan, lesen atau permit mereka;

(ab) untuk mengadakan peruntukan mengenai pampasan yang kena dibayar kepada warganegara Malaysia, Kerajaan

Malaysia atau Kerajaan suatu Negeri dalam Malaysia sekiranya berlaku apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh vesel penangkapan ikan asing terhadap vesel penangkapan ikan tempatan, peralatan menangkap ikan atau tangkapannya, atau kepada kabel, saluran paip atau lain-lain harta kepunyaan warganegara Malaysia,

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan suatu Negeri dalam

Malaysia;

(ac) untuk memaju, mengawal selia dan menjalankan penyelidikan saintifik;

(ad) untuk menetapkan kawasan di perairan perikanan Malaysia di mana penangkapan ikan akan dirizabkan untuk vesel penangkapan ikan tempatan dan nelayan Malaysia;

(ae) untuk menetapkan kawasan di perairan perikanan Malaysia yang melaluinya vesel penangkapan ikan asing yang tidak berlesen boleh lalu bagi memudahkan penguatkuasaan peruntukan Akta ini dan mengikut cara yang tidak akan menafikan atau menjejaskan laluan vesel itu yang mengikut kaedah undang-undang antarabangsa mengenai laut berhubungan dengan rejim kelautan yang relevan yang terpakai bagi perairan perikanan itu;

(af) untuk menetapkan peraturan mengenai pengawalan spesies ikan yang merbahaya;

(ag) untuk menetapkan peraturan mengenai pengawalan pergerakan ikan dalam Malaysia;

Perikanan 69

(ah) untuk menetapkan piawai mengenai kawalan kualiti ikan atau keluaran ikan dan cara untuk melaksanakan piawai dan kawalan itu;

(ai) untuk menetapkan langkah mengenai kawalan penyakit ikan;

(aj) untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pengeluaran dokumen pengenalan yang sesuai kepada mana-mana orang yang dibawa atau bekerja di atas mana-mana vesel penangkapan ikan berlesen dan untuk menetapkan fi yang kena dibayar baginya;

(ak) untuk mengawal selia pendaftaran vesel penangkapan ikan tempatan dan pengeluaran dokumen yang sesuai berkenaan dengannya;

(al) untuk menetapkan atau mengawal selia apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan atau dikawal selia di bawah Akta ini.

Pemansuhan

Suggest a correction

Common questions

What is FISHERIES ACT 1985?
*AKTA PERIKANAN 1985 is Malaysia Act, cited as Act 317 1985, currently marked in force and first recorded in 1985.
Is FISHERIES ACT 1985 still in force?
Yes — FISHERIES ACT 1985 is currently in force.
When did FISHERIES ACT 1985 take effect?
FISHERIES ACT 1985 was first recorded in 1985.
How many sections does FISHERIES ACT 1985 have?
FISHERIES ACT 1985 contains 69 sections.
What amends FISHERIES ACT 1985?
FISHERIES ACT 1985 has been amended by AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2012, AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019, and FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025.
Where can I read the official version of FISHERIES ACT 1985?
The official text of FISHERIES ACT 1985 is published at lom.agc.gov.my.