Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
menangkap ikan atau cuba menangkap ikan; atau
(b)
tertakluk kepada subseksyen (1A) menjalankan apa-apa penyelidikan atau pemeriksaan tekno-ekonomi ke atas mana-mana perikanan, melainkan jika dibenarkan berbuat demikian di bawah perjanjian perikanan antarabangsa yang berkuat kuasa di antara Kerajaan
Malaysia dengan kerajaan negara, atau di antara Kerajaan Malaysia dengan organisasi antarabangsa, yang vesel itu tergolong atau di mana vesel itu didaftarkan, mengikut mana yang berkenaan, dan di bawah suatu permit yang dikeluarkan di bawah seksyen 19.
(1A)
Walau apa pun perenggan (1)(b), sesuatu vesel penangkapan ikan asing boleh menjalankan apa-apa penyelidikan atau pemeriksaan tekno-ekonomi ke atas mana-mana perikanan di dalam perairan perikanan Malaysia tertakluk kepada arahan am Ketua Pengarah dan syarat yang berikut, iaitu:
(a)
berkenaan dengan penyelidikan atau pemeriksaan tersebut, adanya satu perjanjian di antara warganegara Malaysia dengan orang yang memiliki vesel penangkapan ikan asing itu;
Perikanan 29
(b)
penjalanan apa-apa penyelidikan atau pemeriksaan itu hendaklah di bawah arahan am Ketua Pengarah; dan
(c)
apa-apa data dan dapatan daripada penyelidikan atau pemeriksaan itu boleh didapati oleh Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara dan kekerapan yang ditetapkan olehnya.
(2)
Tiada vesel penangkapan ikan asing boleh memuat atau memunggah apa-apa ikan, bahan api atau bekalan atau memindahkan ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah.
Laluan vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan
Malaysia