Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 16

(2)

Laluan itu, yang hendaklah dilakukan mengikut kaedah undang-undang antarabangsa mengenai laut berhubungan dengan rejim kelautan yang relevan yang terpakai bagi perairan perikanan

Malaysia itu, termasuk berhenti dan berlabuh hanya―

(a)

jika vesel itu berada dalam kecemasan;

(b)

bagi maksud mendapatkan bantuan perubatan kecemasan bagi anggota krunya; atau

(c)

untuk memberi bantuan kepada orang, kapal atau pesawat udara yang berada dalam bahaya atau distres.

(3)

Nakhoda vesel penangkapan ikan asing yang memasuki perairan perikanan Malaysia bagi maksud yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah memberitahu seorang pegawai diberi kuasa melalui radio, teleks atau faksimili dalam Bahasa Inggeris atau Melayu tentang nama, Negara bendera, lokasi, jalan dan destinasi vesel itu,

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

jenis dan amaun ikan yang dibawanya dan tentang hal keadaannya ia memasuki perairan perikanan Malaysia.

(4)

Tiap-tiap vesel penangkapan ikan asing yang memasuki perairan perikanan Malaysia bagi maksud yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah—

(a)

tanpa menyentuh kehendak bagi mematuhi mana-mana undang-undang Malaysia lain yang mungkin terpakai, mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 61, termasuklah peraturan berkenaan dengan penyimpanan peralatan menangkap ikan; dan

(b)

kembali ke suatu tempat di luar perairan itu sebaik sahaja tujuannya memasuki perairan itu telah tercapai.

Aku janji hendaklah termasuk dalam perjanjian perikanan antarabangsa