Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 18

(a)

keperluan nelayan Malaysia dan peruntukan rancangan perikanan yang tersebut dalam Bahagian III;

Perikanan 31

(b)

takat kerjasama yang diberi dan caruman yang dibuat oleh negara yang relevan atau organisasi antarabangsa yang relevan terhadap penyelidikan perikanan, pengenalan stok ikan, pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan sumber-sumber perikanan dalam perairan perikanan Malaysia, dan pematuhan undang-undang Malaysia berhubung dengan sumber-sumber seperti itu oleh negara atau organisasi antarabangsa itu;

(c)

bantuan yang diberi oleh pemohon, negara yang relevan atau organisasi antarabangsa yang relevan dalam memajukan industri perikanan Malaysia, dalam melatih pekerja

Malaysia dan memindahkan teknologi ke industri perikanan di Malaysia;

(d)

terma apa jua perjanjian perikanan antarabangsa yang relevan yang berkuat kuasa; dan

(e)

persalingan layanan yang diberi kepada vesel penangkapan ikan tempatan oleh negara yang relevan atau organisasi antarabangsa yang relevan.

(2)

Dalam seksyen ini, “negara yang relevan” ertinya negara atau wilayah di mana vesel penangkapan ikan asing itu didaftarkan atau yang vesel penangkapan ikan asing itu tergolong dalamnya, dan

“organisasi antarabangsa yang relevan”

ertinya organisasi antarabangsa yang vesel penangkapan ikan asing itu tergolong dalamnya.

Permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing