Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 25

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

dan jika tiada penalti khas diperuntukkan berhubungan dengannya, orang itu boleh—

(a)

jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan asing atau orang yang berkenaan itu ialah rakyat negara asing, dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap orang dalam hal pemunya atau nakhoda, dan enam ratus ribu ringgit dalam hal tiap-tiap anggota kru;

(aa) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan tempatan dan kesalahan itu dilakukan di laut lepas, dikenakan denda tidak melebihi empat juta ringgit;

(b)

dalam segala hal lain, dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan, racun, dsb.

Section 25 — FISHERIES ACT 1985 | mylaw.my