Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua perkara lain yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan atau perundangan subsidiari lain, dan apa-apa sebutan mengenai sesuatu peruntukan dalam Akta ini hendaklah diertikan dengan sewajarnya;
“akuakultur” ertinya pembiakan benih ikan atau pemeliharaan biak ikan melalui perusahaan ternak keseluruhan atau sebahagian daripada peredaran hidupnya;
“belat ikan” ertinya apa-apa peranti yang digunakan untuk menangkap ikan yang dibuat daripada pancang atau lain-lain tiang yang ditanam ke dalam tanah dan dikepung dengan rami, rotan, dawai atau lain-lain bahan pengadang dan direka bentuk sedemikian agar ikan dapat diarahkan ke dalam peranti itu;
“benih ikan” ertinya telur ikan atau larva atau rega atau benih, anak ikan atau fingerling ikan;
“pemunya”, berhubungan dengan vesel penangkapan ikan, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang memilik vesel itu dan termasuklah mana-mana pencarter, subpencarter, penerima pajak atau subpenerima pajak vesel itu;
“ikan” ertinya apa-apa hidupan haiwan, atau tumbuhan akuatik, sama ada sedentari atau tidak, dan termasuklah semua spesies ikan bersirip, krustasia, moluska, mamalia akuatik, atau telur atau benihnya, anak, fingerling, lokan atau benih moluska tetapi tidak termasuklah mana-mana spesies memerang, penyu atau telurnya;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perikanan yang dilantik di bawah Akta ini;
“laut wilayah Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969
[P.U. (A) 307A/1969].
“memproses”, berhubungan dengan ikan, termasuklah membersih, memotong, membubuh ais, membeku, mengetin, membubuh garam, menyalai, memasak, menjeruk, mengering atau selainnya mengawet atau menyedia ikan dengan apa jua cara;
“menangkap ikan” ertinya―
(a)
menangkap, mengambil atau membunuh ikan dengan apa jua cara;
(b)
cuba menangkap, mengambil atau membunuh ikan;
(c)
melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang semunasabahnya dapat dijangka mengakibatkan penangkapan, pengambilan atau pembunuhan ikan; atau
(d)
apa-apa gerakan sebagai membantu, atau sebagai persediaan menjalankan, apa-apa aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), (b) atau (c) takrif ini;
“menangkap ikan di sungai” ertinya menangkap ikan di perairan sungai;
“Menteri” ertinya Menteri Kerajaan Persekutuan yang pada masa itu dipertanggungkan dengan tanggungjawab perikanan;
“nakhoda”, berhubungan dengan vesel penangkapan ikan, termasuklah tiap-tiap orang (kecuali malim atau pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan
Dagang 1952 [Ordinan 70/1952]) yang pada masa itu mengetuai atau menjaga vesel itu, atau yang bertindak secara sah di sisi undang-undang sebagai nakhoda vesel itu;
Perikanan 13
“orang” termasuklah mana-mana individu (sama ada warganegara
Malaysia atau bukan), mana-mana pertubuhan perbadanan, perkongsian, pertubuhan, atau lain-lain entiti, yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negara asing, atau apa-apa entiti dalam golongannya itu;
“pegawai diberi kuasa” ertinya Ketua Pengarah, Timbalan Ketua
Pengarah Perikanan, pegawai perikanan, pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan
Dagang 1952 [Ordinan 70/1952], pegawai pemerintah mana-mana vesel tentera laut Kerajaan atau pesawat udara Kerajaan, pegawai pemerintah mana-mana vesel polis laut Kerajaan atau mana-mana atau golongan orang lain yang dilantik menjadi pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 36;
“pegawai perikanan” ertinya pegawai perikanan atau timbalan pegawai perikanan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pegawai perikanan darat” ertinya pegawai perikanan darat atau timbalan pegawai perikanan darat yang dilantik di bawah seksyen 5;
“pencemar” ertinya apa-apa bahan yang, jika dimasukkan ke dalam perairan kelautan atau mana-mana perairan sungai, mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia atau memudaratkan sumber kehidupan akuatik, atau merosakkan kemudahan atau mengganggu kegunaan lain yang sah akan perairan kelautan atau perairan sungai dan, tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, termasuklah apa-apa bahan yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah dalam Warta sebagai pencemar bagi maksud Akta ini;
“perairan dalaman Malaysia” ertinya mana-mana kawasan laut yang terletak di sebelah bahagian darat garis dasar yang darinya lebar laut wilayah Malaysia diukur;
“perairan kelautan” ertinya kawasan laut yang bersempadanan dengan Malaysia, di dalam dan di luar perairan perikanan Malaysia dan termasuklah perairan muara, dan apa-apa sebutan mengenai sistem kultur laut, penangkapan ikan atau perikanan hendaklah diertikan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
sebagai sebutan mengenai penjalanan mana-mana aktiviti ini di perairan kelautan;
“perairan muara” ertinya perairan sesuatu sungai yang bermula dari kuala sungai―
(a)
sampai ke hulu sungai yang dimasuki air laut semasa air pasang anak; dan
(b)
dalam hal Negeri Sarawak, sampai ke batasan yang ditentukan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri, dalam peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
“perairan perikanan Malaysia” ertinya perairan kelautan di bawah bidang kuasa Malaysia yang ke atasnya hak menangkap ikan eksklusif atau hak pengurusan perikanan dituntut mengikut undang-undang dan termasuklah perairan dalaman Malaysia, laut wilayah Malaysia dan perairan kelautan yang termasuk dalam zon ekonomi eksklusif
Malaysia;
“perairan sungai” ertinya perairan mana-mana sungai, tasik, anak sungai, kolam dan mana-mana perairan lain di Malaysia selain dari perairan kelautan, sama ada semula jadi atau buatan manusia, milikan sendiri atau selainnya;
“peralatan menangkap ikan” termasuklah jaring ikan, perangkap ikan, dan apa-apa alat, dengan atau tanpa pelampung, boya atau pemberat yang direka bentuk untuk menangkap ikan tetapi tidak termasuk―
(a)
apa-apa alat dari jenis mata kail yang mempunyai tidak lebih daripada dua cangkuk; dan
(b)
jejala yang dikenali sebagai jala;
“peralatan menangkap ikan tradisional” ertinya apa-apa peralatan menangkap ikan yang disenaraikan di bawah ini yang dikendalikan dengan menggunakan suatu vesel penangkapan ikan yang tidak
Perikanan 15
bermotor atau suatu vesel penangkapan ikan yang bermotor yang tidak melebihi empat puluh tanan berdaftar kasar:
(a)
perangkap;
(b)
kail-mengail;
(c)
pukat hanyut atau pukat insang;
(d)
pukat tarik;
(e)
pukat tangguk;
(f)
pukat bakul; dan pukat rentang;
“peranti mengumpul ikan bagi maksud menangkap ikan” ertinya apa-apa struktur atau peranti dari jenis yang kekal atau separa kekal yang dibuat daripada apa-apa bahan dan digunakan untuk menarik atau mengumpul ikan;
“perikanan” ertinya mana-mana satu atau lebih stok ikan yang boleh dijadikan sebagai satu unit bagi maksud pemuliharaan, pengurusan dan pemajuannya dan termasuklah menangkap ikan untuk mendapatkan stok seperti itu dan akuakultur;
“perikanan darat” ertinya perikanan di perairan sungai;
“perjanjian perikanan antarabangsa” ertinya apa-apa triti atau perjanjian dwipihak atau berbilang pihak, yang berhubung dengan penangkapan ikan atau perikanan, di antara Kerajaan Malaysia dengan
Kerajaan mana-mana negara lain atau di antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana organisasi antarabangsa yang berwibawa;
“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya pihak berkuasa di mana-mana
Negeri dalam Malaysia yang bertanggungjawab mengenai perikanan darat;
(f)
(g)
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
“rancangan perikanan” ertinya mana-mana rancangan yang berhubung dengan perikanan yang disediakan oleh Ketua Pengarah di bawah Bahagian III;
“sistem kultur” ertinya sesuatu establismen, struktur atau kemudahan yang digunakan dalam akuakultur dan termasuklah kultur di dasar laut, kultur mengguna sangkar, kultur mengguna jaring gantung, kultur mengguna kandang, kultur di kolam, kultur mengguna tiang atau kayu, kultur di dasar terusan, kultur mengguna rakit, kultur mengguna tali dan kawasan penetasan;
“spesies sedentari” ertinya organisma yang, pada peringkat boleh dipungut, sama ada tidak boleh bergerak di atas atau di bawah dasar laut atau tidak dapat bergerak kecuali sentiasa bersentuhan dari segi fizikal dengan dasar laut atau tanah bawah;
“taman laut” atau “rizab laut” ertinya mana-mana kawasan atau sebahagian daripada kawasan di perairan perikanan Malaysia yang ditetapkan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah Bahagian IX bagi maksud yang dinyatakan dalam Bahagian itu;
“vesel penangkapan ikan” ertinya mana-mana bot, lancang, kapal atau lain-lain vesel yang digunakan, yang dilengkap untuk digunakan, atau dari jenis yang digunakan untuk―
(a)
menangkap ikan;
(aa) akuakultur; atau
(b)
menolong atau membantu mana-mana bot, lancang, kapal atau mana-mana vesel dalam melaksanakan apa-apa aktiviti berhubung dengan penangkapan ikan, termasuk apa jua aktiviti menyedia, memproses, penyejuk beku, menyimpan, membekal atau mengangkut ikan;
“vesel penangkapan ikan asing” ertinya mana-mana vesel penangkapan ikan selain dari vesel penangkapan ikan tempatan;
Perikanan 17
“vesel penangkapan ikan tempatan” ertinya mana-mana vesel penangkapan ikan―
(a)
yang tidak didaftarkan di luar Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh―
(i)
orang sebenar atau orang-orang sebenar yang adalah warganegara Malaysia;
(ii)
perbadanan berkanun yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia;
(iii)
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri di
Malaysia; atau
(iv)
Pertubuhan diperbadankan atau tidak diperbadankan yang ditubuhkan di Malaysia, dan dimiliki sepenuhnya oleh mana-mana orang yang diperihalkan dalam subperenggan (i), (ii) atau (iii)
takrif ini; atau
(b)
yang dicarter, disubcarter, dipajak atau disubpajak oleh mana-mana orang, perbadanan berkanun, Kerajaan atau pertubuhan perbadanan yang diperihalkan di bawah perenggan (a)(i), (a)(ii), (a)(iii) atau (a)(iv) takrif ini;
“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311].