Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(1A)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(1B)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(2)
Apa-apa kesalahan yang dilakukan berlanggaran dengan perenggan 8(a), subseksyen 11(3), 11(3A), 15(1) atau seksyen 16 yang dibaca dengan seksyen 25 atau 26 tidaklah boleh dikompaun.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Ketua Pengarah boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah subseksyen 11(3) atau 11(3A) jika peralatan menangkap ikan yang berhubungan dengannya kesalahan itu dilakukan adalah peralatan menangkap ikan tradisional, dengan sejumlah wang yang tidak kurang daripada lima ratus ringgit dan tidak melebihi denda maksimum bagi kesalahan itu.
(4)
Jika sesuatu peralatan menangkap ikan menjadi hal perkara apa-apa kesalahan yang dikompaun di bawah subseksyen (1), peralatan menangkap ikan itu boleh dirampas dan dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Jika apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini telah dikompaunkan mengikut seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan apa-apa barang daripada jenis yang mudah rosak yang menjadi hal perkara apa-apa kesalahan, dijual dan hasil jualan itu dilucuthakkan.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kelas Satu adalah mempunyai bidang kuasa dan kuasa penuh di bawah Akta ini