Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(a)
untuk memaju dan mengawal selia akuakultur di perairan sungai dan, khususnya, mengadakan peruntukan bagi pemajakan dan pelesenan tasik, paya, kolam lombong dan kolam lain dan tanah dan kawasan lain untuk memelihara ikan, menetapkan piawaian bagi pembinaan dan kendalian establismen akuakultur (termasuk saiz dan dalamnya kolam itu), langkah-langkah untuk mencegah penyakit ikan dan mengawal spesies ikan yang tertentu yang mungkin dikeluarkan melalui pemeliharaan;
(b)
untuk membuat peruntukan mengenai pelesenan, pengawalseliaan dan pengurusan mana-mana perikanan darat tertentu dan mengenai pengurusan penyu;
(c)
untuk membuat peruntukan mengenai pelesenan vesel penangkapan ikan dan peralatan menangkap ikan yang dikendalikan atau digunakan di perairan sungai;
(d)
untuk mengawal selia atau melarang apa-apa cara menangkap ikan di perairan sungai atau penggunaan atau milikan apa-apa jenis perangkap atau jaring yang tertentu, dan untuk menetapkan saiz mata jaring yang minimum bagi jaring ikan;
(e)
untuk mengawal selia atau melarang pembinaan, senggaraan, penandaan dan pengendalian, belat ikan di perairan sungai;
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
(f)
untuk menetapkan berat dan saiz ikan yang minimum yang boleh ditangkap di perairan sungai bagi maksud jualan, pemprosesan, penggunaan atau kesukanan, atau untuk melarang penangkapan apa-apa spesies ikan yang ditetapkan;
(g)
untuk menetapkan musim tertutup menangkap ikan di mana-mana kawasan yang ditetapkan, menangkap spesies ikan yang tertentu atau menangkap ikan dengan menggunakan cara-cara menangkap ikan yang tertentu di perairan sungai;
(h)
untuk menentukan kawasan yang dilarang untuk menangkap semua spesies ikan atau spesies ikan yang tertentu atau menangkap ikan dengan menggunakan cara menangkap ikan yang tertentu di perairan sungai;
(i)
untuk menentukan orang mengikut nama atau jawatan menjadi pegawai pelesenan di bawah Bahagian ini dan untuk menetapkan kuasa yang akan dijalankan oleh pegawai itu dan oleh pegawai perikanan atau pegawai perikanan darat, mengikut mana yang berkenaan, berkenaan dengan penyu dan perikanan darat;
(j)
untuk menetapkan syarat dan tatacara membuat permohonan mendapatkan apa-apa permit, lesen, perakuan atau lain-lain dokumen yang dikehendaki di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini berhubung dengan penyu dan perikanan darat bentuknya dan amaun fi dan deposit yang kena dibayar baginya;
(k)
bagi maksud pemuliharaan ikan di perairan sungai, untuk mengawal selia dan mengawal pembinaan apa-apa geluncuran, empangan atau lain-lain galangan, atau membuang pasir atau batu kelikir atau perubahan lain kepada persekitaran semula jadi atau habitat ikan;
(l)
untuk menetapkan penalti bagi kesalahan; dan
(m)
untuk menentukan, menetapkan, menggalakkan, memperuntukkan atau mengawal selia apa-apa perkara lain
Perikanan 47
bagi pemuliharaan, kemajuan, pengurusan dan pengawalseliaan yang sempurna ke atas penyu dan perikanan darat.
(2)
Dalam seksyen ini, “penyu” termasuklah telur penyu.