Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 3

(i)

Paragraph

(ii)

Subparagraph

(iii)

Subparagraph

(iv)

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

perairan perikanan Malaysia, dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas, berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Labuan dan penyu di perairan di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ketua Pengarah

Perikanan, dan Menteri boleh melantik beberapa orang Timbalan

Ketua Pengarah Perikanan sebagaimana yang perlu, untuk melaksanakan peruntukan Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen (1), peruntukan yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri Malaysia.

(3)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab atas pengawasan secara am mengenai semua perkara berhubung dengan perikanan di bawah Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen (1), perkara yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri

Malaysia.

(4)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan apa-apa atau semua kuasa dan fungsi yang diberi kepadanya melalui

Akta ini kepada mana-mana pegawai perikanan atau timbalan pegawai perikanan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pegawai perikanan dan timbalan pegawai perikanan

Section 3 — FISHERIES ACT 1985 | mylaw.my