Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Kawalan ke atas ikan hidup
(a)
mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia;
(b)
mengangkut dari Malaysia Barat ke dalam Wilayah
Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah atau Sarawak;
(c)
mengangkut dari Wilayah Persekutuan Labuan atau Negeri
Sabah atau Sarawak ke dalam Malaysia Barat;
(d)
mengangkut dari Wilayah Persekutuan Labuan ke dalam
Negeri Sabah atau Sarawak;
(e)
mengangkut dari Negeri Sabah ke dalam Wilayah
Persekutuan Labuan atau Negeri Sarawak; atau
(f)
mengangkut dari Negeri Sarawak ke dalam Wilayah
Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah,
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
ikan hidup tanpa permit atau berlanggaran dengan apa-apa syarat dalam permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(2)
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dalam permit, termasuklah syarat berkenaan dengan keadaan kebersihan ikan yang akan dieksport, diimport atau diangkut dan langkah untuk mengelak merebaknya penyakit ikan yang boleh berjangkit, atau untuk mengelak atau mengawal spesies ikan yang bukan asli daripada dilepaskan ke persekitaran semula jadi.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), permit untuk mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
(4)
Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Kuarantin dan Pemeriksaan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(5)
Suatu permohonan bagi permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dibuat mengikut Akta
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(6)
Penguatkuasaan berhubung dengan ikan hidup di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 mengikut kuasa di bawah
Akta itu.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “pintu masuk”, “stesen kuarantin”
dan “premis kuarantin” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Perikanan 49