Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 41

(a)

memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu dan untuk melindungi, memelihara dan mengawal tapak pembiakan semula jadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian yang khusus kepada spesies flora dan fauna yang luar biasa atau yang mendatangkan bahaya;

(b)

membiarkan hidupan akuatik hidup semula di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu di mana hidupan itu telah pupus;

(c)

menggalakkan pengkajian dan penyelidikan saintifik berkenaan dengan kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu;

(d)

mengekalkan dan meninggikan keadaan asli dan daya pengeluaran kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; dan

(e)

mengawal selia aktiviti rekreasi dan aktiviti lain dalam kawasan itu atau dalam sebahagian daripada kawasan itu untuk mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada persekitarannya.

(2)

Batas mana-mana kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan yang ditubuhkan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah subseksyen (1) boleh dipinda oleh Menteri melalui perintah dalam

Warta dan perintah itu boleh juga memperuntukkan supaya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu terhenti daripada menjadi taman laut atau rizab laut.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan

Rizab Laut dan keanggotaan

Section 41 — FISHERIES ACT 1985 | mylaw.my