Malaysia legislation
Section 41B
Seksyen 41B
Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut hendaklah menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kawasan taman laut dan rizab laut khususnya—
(a)
untuk menentukan garis panduan berkenaan dengan perlindungan, pemuliharaan, penggunaan, kawalan, pengurusan dan kemajuan kawasan taman laut dan rizab laut bagi pelaksanaan di peringkat kebangsaan;
(b)
untuk menyelaraskan pembangunan mana-mana kawasan taman laut atau rizab laut dengan Kerajaan Persekutuan dan mana-mana pertubuhan perbadanan; dan
(c)
untuk memberi nasihat teknik kepada Kerajaan Negeri berkenaan dengan apa-apa projek pembangunan di mana-mana pulau yang terletak di dalam kawasan taman laut atau rizab laut.
Kuasa dan tanggungjawab Ketua Pengarah