Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 43

(a)

menangkap ikan atau cuba menangkap ikan;

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

(b)

mengambil, mengalih atau memiliki mana-mana haiwan akuatik atau tumbuhan akuatik atau sebahagian daripadanya, sama ada yang hidup atau mati;

(c)

memungut atau memiliki mana-mana karang, mengorek atau mengeluarkan mana-mana pasir atau batu kelikir, membuang atau meletakkan apa-apa pencemar, mengubah atau memusnahkan tapak pembiak-baka semula jadi atau habitat hidupan akuatik, atau memusnahkan mana-mana hidupan akuatik;

(d)

membina atau mendirikan apa-apa bangunan atau binaan lain atas atau yang merintangi mana-mana tanah atau perairan dalam sesuatu taman laut atau rizab laut;

(e)

melabuhkan mana-mana vesel dengan menjatuhkan apa-apa jenis pemberat, atau dengan menyangkutkan apa-apa jenis tali atau rantai, kepada mana-mana karang, batu atau benda lain yang timbul; atau

(f)

memusnahkan, mencatatkan atau mengalih apa-apa benda, sama ada bernyawa atau tidak bernyawa, dalam taman laut atau rizab laut, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Kebenaran untuk melakukan mana-mana perkara tersebut dalam subseksyen (1) boleh diberi oleh Ketua Pengarah secara bertulis jika ia adalah perlu bagi pengurusan yang sempurna ke atas taman laut atau rizab laut atau menurut apa-apa maksud yang tersebut dalam seksyen 41.

Larangan mutlak terhadap senjata tertentu