Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Bagi maksud menentukan pematuhan peruntukan Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, tanpa waran—
(a)
menghentikan, menaiki dan menggeledah mana-mana vesel dalam perairan perikanan Malaysia dan menjalankan apa-apa penyiasatan, pemeriksaan dan penelitian berkenaan dengan pelayaran dan kelayakan belayar vesel itu, krunya,
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
kelengkapan atau peralatan menangkap ikan, atau ikan yang dibawa naik ke atas vesel itu;
(b)
menghentikan, menaiki dan menggeledah, serta memeriksa mana-mana vesel atau kenderaan yang mengangkut ikan, sama ada dalam perairan perikanan Malaysia atau atas darat;
(c)
menghendaki supaya dikemukakan dan memeriksa mana-mana peralatan menangkap ikan sama ada dalam perairan perikanan Malaysia atau atas darat;
(d)
memeriksa mana-mana belat ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut dalam perairan perikanan Malaysia;
(e)
memeriksa mana-mana lesen, permit, rekod, perakuan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah dan piawai yang diakui umum, dan membuat salinannya.
Kuasa untuk memasuki, menyita serta menangkap, dsb.