Malaysia legislation

Section 47C

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 47C

(2)

Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu:

Dengan syarat bahawa orang sedemikian boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar,

Perikanan 57

sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.

(4)

Seseorang pegawai perikanan yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamasa mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, setelah pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalam mana pernyataan itu dibuat dan setelah dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Prosedur jika penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam dua puluh empat jam oleh pegawai perikanan