Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jaminan yang akan diberi di bawahnya tidaklah boleh kurang daripada nilai agregat vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargonya dan peralatannya menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang itu.
(3)
Mana-mana yang —
(a)
apabila diminta, tidak menyerahkan kepada Ketua Pengarah vesel, kenderaan, benda atau barang yang dipulangkan untuk sementara waktu kepadanya di bawah subseksyen (1);
atau
(b)
tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.
Kos menahan vesel, dsb., dalam jagaan