Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Pegawai diberi kuasa hendaklah mengisytiharkan jawatan
Mana-mana pegawai diberi kuasa apabila melaksanakan fungsi atau kewajipannya atau semasa menjalankan kuasanya di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada mana-mana orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan, apa-apa surat pengenalan atau surat kebenaran bertulis membuktikan dia adalah pegawai diberi kuasa bagi maksud Akta ini.