Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 57

(a)

dalam apa-apa hal, dengan menghantar serah sendiri satu salinannya kepada orang yang dokumen itu hendak disampaikan;

(b)

jika dokumen itu hendak disampaikan kepada nakhoda vesel atau kepada orang yang bekerja dalam vesel, dengan meninggalkan dokumen itu untuknya itu di atas vesel tersebut dengan orang yang mana adalah, atau didapati sebagai, mengetuai atau menjaga vesel itu;

(c)

dengan menampalkan satu salinan dokumen itu pada mana-mana bahagian yang mudah dilihat di rumahnya atau pada vesel atau kenderaannya; atau

(d)

dengan cara surat berdaftar yang dialamatkan ke tempat tinggalnya yang terakhir.

(2)

Sesuatu dokumen yang hendak disampaikan kepada nakhoda vesel yang didaftarkan di Malaysia atau yang dilesenkan atau yang

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

dibenarkan menangkap ikan di bawah Akta ini boleh, jika nakhoda tidak dijumpai, disampaikan kepada pemunya atau pengurus vesel itu atau, jika tidak ada pengurus, kepada ejen pemunya itu yang tinggal di

Malaysia atau, jika ejen seperti itu tidak diketahui atau didapati, dengan menampalkan satu salinan dokumen itu pada tiang vesel itu.

Pengecualian bagi maksud tertentu