Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 8

Mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas, apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan—

(a)

tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini;

(b)

dengan melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu; atau

(c)

dengan melanggar apa-apa arahan secara bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Permohonan untuk mendapatkan lesen atau permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baharu