Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Pemohon boleh terus membina vesel penangkapan ikan yang baharu setelah menerima kelulusan bertulis untuk berbuat demikian daripada Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat, termasuklah syarat berkenaan dengan kuasa kuda, saiz dan tanan vesel itu, atau pelupusan mana-mana vesel penangkapan ikan yang sedia ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam kelulusan itu.
Perikanan 21
(3)
Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan suatu lesen berkenaan dengan mana-mana vesel penangkapan ikan yang baharu yang tidak dibina dengan kelulusan, dan mengikut syarat yang dinyatakan, di bawah subseksyen (2).
(4)
Jika di bawah rancangan perikanan telah diperuntukkan bahawa tiada lesen di bawah Bahagian ini atau permit di bawah
Bahagian V boleh dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baharu bagi jenis perikanan yang tertentu melainkan jika vesel penangkapan ikan yang baharu itu menggantikan vesel penangkapan ikan yang telahpun dikeluarkan lesen atau permit bagi jenis perikanan itu, Ketua Pengarah tidaklah boleh mengeluarkan lesen atau permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baharu sehingga vesel penangkapan ikan yang sedia ada itu dilupuskan mengikut arahannya.
Syarat dalam lesen dan arahan