Malaysia legislation

Section 101

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 101

Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa, jika dia berpendapat ada sebab yang cukup untuk berbuat demikian, memberi arahan bertulis kepada orang berdaftar memintanya supaya mengemukakan kepada Pesuruhjaya atau kepada mana-mana orang yang diberikuasa oleh Pesuruhjaya, pada masa dan di tempat yang ditetapkan, apa-apa buku yang dinyatakan dalam arahan itu iaitu buku-buku berhubungan dengan—

(a)

urusan atau hal-ehwal orang berdaftar, setakat mana buku-buku itu ada hubungan dengan perniagaan yang orang tersebut didaftarkan;

(b)

apa-apa perdagangan kontrak-kontrak hadapan komoditi;

(c)

apa-apa nasihat mengenai perdagangan kontrak-kontrak hadapan komoditi, atau pengeluaran atau penerbitan sesuatu laporan atau analisa mengenai perdagangan itu;

(d)

corak kedudukan kewangan orang berdaftar atau apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh orang berdaftar itu; atau

(e)

auditan atau apa-apa laporan seseorang juru-audit mengenai perdagangan kontrak-kontrak hadapan komoditi atau apa-apa akaun atau rekod orang berdaftar itu.