Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
Pesuruhjaya boleh, kiranya dia ada sebab untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang yang bukan orang berdaftar adalah secara langsung atau secara tak langsung menjalankan perniagaan seorang orang berdaftar memberi arahan bertulis kepada orang tersebut, memintanya supaya mengemukakan kepada Pesuruhjaya atau kepada mana-mana orang yang diberikuasa oleh Persuruhjaya pada masa dan di tempat yang ditetapkan, apa-apa buku yang dinyatakan
80
dalam arahan itu iaitu buku-buku berhubungan dengan—
(a)
urusan atau hal-ehwal orang itu setakat mana buku-buku itu ada hubungan dengan urusan perdagangan kontrak-kontrak hadapan komoditi;
(b)
apa-apa perdagangan kontrak-kontrak hadapan komoditi;
(c)
apa-apa nasihat mengenai perdagangan kontrak-kontrak hadapan komoditi atau pengeluaran atau penerbitan sesuatu laporan atau analisa mengenai perdagangan itu;
(d)
corak kedudukan kewangan atau apa-apa perniagaan yang dijalankan olehnya.