Malaysia legislation

Section 104

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 104

(a)

untuk menggeledah premis itu dan memecah buka serta menggeledah apa-apa almari, laci, peti besi, kotak, peti, bungkusan atau lain-lain bekas, sama ada lekapan atau tidak, di dalam premis itu; dan

(b)

untuk mengambil milik, atau menyelamatkan dari gangguan, apa-apa buku yang nampaknya buku-buku yang hendak dikemukakan sedemikian.

(2)

Bila-bila masa sahaja ternyata kepada Pesuruh-jaya bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengesyaki yang di dalam mana-mana premis ada terdapat buku-buku yang hendak dikemukakan di bawah seksyen 101 atau 102 dan yang tidak dikemukakan dengan mematuhi kehendak itu dan bahawa kelewatan atau mendapatkan suatu waran geledah di bawah subseksyen (1) boleh menyebabkan bukti tentang pelanggaran itu lenyap atau diubah, Pesuruh-jaya boleh menjalankan dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu, semua kuasa yang disebut dalam subseksyen itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia dibenarkan berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.

(3)

Suatu senarai mengenai semua barang yang disita semasa menjalankan penggeledahan yang dibuat di bawah Bahagian ini dan mengenai tempat di mana barang-barang itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh Pesuruhjaya atau lain-lain pegawai yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.

(4)

Dalam seksyen ini, "premis" adalah termasuk apa-apa struktur, bangunan, pesawat udara, kenderaan, vesel atau tempat.

(5)

Kuasa-kuasa yang diberi di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada, dan bukan mengurangkan, apa-apa kuasa lain yang diberi oleh undang-undang.