Malaysia legislation
Section 109
Seksyen 109
Seseorang yang, dengan tujuan hendak menggagalkan maksud-maksud Akta ini atau untuk melambat-lambatkan atau menghalang penjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bahagian ini—
(a)
menyembunyi, memusnah, merosak atau mengubah suatu buku berhubungan dengan perkara yang menjadi subjek penyiasatan; atau
(b)
sekiranya sesuatu buku itu ada di Malaysia, menghantar buku itu ke luar Malaysia, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.