Malaysia legislation
Section 114
Seksyen 114
(a)
memegang atau menggunakan gelaran "bursa komoditi"; atau
(b)
memegang atau menggunakan, atau ada ditampal atau dipamerkan di sesuatu tempat, apa-apa gelaran yang menyerupai gelaran yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau hampirhampir menyerupai gelaran itu yang dikira untuk memperdaya.
(2)
Seseorang yang bukan seorang peniaga tidaklah boleh—
(a)
memegang atau menggunakan gelaran atau perihal "peniaga komoditi"; atau
(b)
memegang atau menggunakan, atau ada ditampal atau dipamerkan di sesuatu tempat, apa-apa gelaran atau perihal yang menyerupai gelaran yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau hampir-hampir menyerupai gelaran itu yang dikira untuk memperdaya.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, denda tambahan sebanyak dua ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu berterusan.