Malaysia legislation

Section 115

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 115

(a)

mengadakan peruntukan bagi saraan dibayar kepada penasihat dagangan komoditi oleh kelayan atas asas mendapat sebahagian dari laba modal akan wang itu atau mana-mana bahagian daripada wang kelayan itu;

(b)

tidak memasukkan suatu peruntukan yang bermaksud bahawa sesuatu serahhak akan kontrak itu oleh penasihat dagangan komoditi boleh dibuat hanya dengan keizinan kelayan itu;

(c)

tidak memasukkan suatu peruntukan yang bermaksud bahawa penasihat dagangan komoditi itu—

(i)

jika suatu perbadanan, akan memberitahu kelayan tentang apa-apa perubahan mengenai pengarah-pengarah perbadanan itu; atau

(ii)

jika suatu firma, akan memberitahu kelayan tentang apa-apa perubahan mengenai pekongsi-pekongsi firma itu, dalam masa yang munasabah selepas perubahan itu.

melanggar seksyen ini an dan apabila disabit-k melebihi dua puluh esuatu kesalahan yang anyak dua ribu lima ari kesalahan itu ber-hat dagangan komon atau membaharui moditi dengan mana jua pun melaksana kontrak itu—

pagi saraan dibayar gan komoditi oleh at sebahagian dari atau mana-mana elayan itu;

akan memberi a-apa perubahan garah perbadanan runtukan yang berrahhak akan konagangan komoditi keizinan kelayan n memberitahu apa perubahan ngsi firma itu, peruntukan yang dagangan komo-h selepas per-

(2)

Perenggan (a) subseksyen (1) tidak melarang sesuatu kontrak nasihat dagangan komoditi yang mengadakan peruntukan bagi saraan berasaskan pada jumlah nilai wang kelayan yang dipuratakan meliputi sesuatu tempoh tertentu, atau pada tarikh-tarikh tertentu, atau dikira pada suatu tarikh tertentu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, "kontrak nasihat dagangan komoditi" ertinya suatu kontrak atau perjanjian yang menurutnya seseorang bersetuju untuk bertindak sebagai seorang penasihat dagangan komoditi atau untuk menguruskan apa-apa dagangan komoditi atau akaun perdagangan seseorang kelayan yang bukannya suatu syarikat yang menjalankan urusan sebagai suatu syarikat dagangan komoditi dan yang didaftarkan sebagai sedemikian di bawah Akta Syarikat 1965.

(4)

Seseorang penasihat dagangan komoditi yang dengan disedarinya membuat apa-apa kontrak dengan melanggari subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(5)

Sesuatu kontrak nasihat dagangan komoditi yang dibuat dengan melanggari subseksyen (1) adalah, walau apa pun peruntukan dalam kontrak itu, boleh menjadi taksah mengikut opsyen kelayan itu.