Malaysia legislation

Section 117

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 117

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), bagi maksudmaksud seksyen ini, seseorang adalah disifatkan sebagai pengarah sesuatu perbadanan jika dia memegang jawatan pengarah dengan apa jua nama dia dipanggil atau jika dia adalah seorang yang mengikut arahan-arahan atau petunjuk-petunjuknya pengarah-pengarah perbadanan itu atau mana-mana daripada mereka itu bertindak.

(3)

Seseorang itu tidaklah boleh, semata-mata oleh sebab pengarah-pengarah sesuatu perbadanan itu bertindak mengikut nasihat yang diberi kepadanya atas sifat profesional, dikira sebagai seseorang yang mengikut arahan-arahan atau petunjuk-petunjuknya pengarah-pengarah itu bertindak.