Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
Jika sesuatu perbadanan mengendalikan atau menjalankan pengendalian pusat penjelasan, semua kewajipan dan obligasi yang dipertanggungkan oleh Akta ini ke atas pusat penjelasan, dan semua penalti yang terpakai di bawah Akta ini bagi pusat penjelasan itu adalah dipertanggungkan ke atas perbadanan dan terpakai bagi perbadanan itu dan bagi maksud ini sebutan-sebutan dalam Akta ini mengenai pusat penjelasan hendaklah disifatkan sebagai sebutan-sebutan mengenai perbadanan itu.