Malaysia legislation
Section 122
Seksyen 122
Bagi maksud-maksud Akta itu, sesuatu perbuatan, ketinggalan atau kegagalan di pihak seseorang pekerja, ejen atau lain-lain orang yang bertindak untuk atau bagi pihak mana-mana individu, perbadanan atau firma dalam lingkungan bidang jawatan atau pekerjaannya hendaklah disifatkan sebagai perbuatan, ketinggalan atau kegagalan di pihak individu, perbadanan atau firma itu serta juga pekerja, ejen atau lain-lain orang itu.