Malaysia legislation

Section 123

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 123

Sesiapa yang bersengaja membantu, menyubahat, menasihat, memerintah, mempengaruh atau menyebabkan berlakunya suatu perlanggaran terhadap manamana peruntukan Akta ini, atau mana-mana daripada peraturan atau perintah yang dibuat atau dikeluarkan menurut Akta ini, atau yang bertindak sepakat atau dengan merancangkan dengan mana-mana orang lain dalam perlanggaran itu, atau yang bersengaja menyebabkan sesuatu tindakan itu dibuat atau ditinggalkan yang, jika dilaksanakan secara langsung atau ditinggalkan olehnya atau oleh seorang lain, akan menjadi suatu perlanggaran terhadap peruntukan-peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau perintah-perintah itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang sama seperti yang ditetapkan untuk pesalah utama.