Malaysia legislation

Section 129

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 129

(a)

sekiranya defendan itu orang sebenar, meminta mana-mana orang yang masih atau pernah menjadi pekongsi, pekerja atau ejen defendan itu; atau

(b)

sekiranya defendan itu suatu pertubuhan perbadanan, meminta mana-mana orang yang masih atau pernah menjadi pegawai, pekerja atau ejen defendan itu, supaya membantu dalam pendakwaan, dan orang yang diminta itu hendaklah memberi segala bantuan yang berkaitan dengan pendakwaan itu yang orang tersebut dapat berikan dengan munasabahnya.

(2)

Pesuruhjaya atau mana-mana orang lain yang diberikuasa tidaklah boleh membuat permintaan seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1) daripada seseorang yang, pada pendapat Pesuruhjaya atau manamana orang lain yang diberikuasa itu, menjadi atau mungkin menjadi defendan dalam prosiding itu atau yang menjadi atau pernah menjadi seorang pengamal undang-undang yang berkelayakan dengan sempurnanya yang bertindak untuk orang yang tersebut.

(3)

Jika seseorang yang dimaksudkan dalam perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) gagal memberi bantuan yang diminta dalam subseksyen itu, dia adalah bersalah atas suatu kesalahan dan, tanpa menjejaskan apa-apa penalti yang mungkin boleh dikenakan untuk kesalahan itu, mahkamah boleh, atas permohonan Pesuruhjaya atau mana-mana orang lain yang diberikuasa itu, memerintah orang itu supaya mematuhi permintaan itu dalam masa dan dengan cara tertentu, yang diperintahkan oleh mahkamah.

(4)

Dalam seksyen ini, "ejen", berhubungan dengan defendan, adalah termasuk banker kepada defendan dan orang yang diambil bertugas sebagai juruaudit oleh defendan, sama ada orang itu adalah seorang pekerja atau pegawai kepada defendan itu atau pun tidak.