Malaysia legislation

Section 2

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"Bursa Komoditi Dinyatakan" ertinya mana-mana jua bursa komoditi luar negeri yang dinyatakan oleh Menteri melalui perintah dari semasa ke semasa;

"firma" ertinya sesuatu pertubuhan yang tidak diperbadankan terdiri daripada dua orang atau lebih;

"hari yang ditetapkan" ertinya hari yang Akta ini mula berkuatkuasa;

Tajuk ringkas dan mula Pu(B)86/56

berkuat-kuasa. 1.3.86

"juruaudit"ertinya seseorang juruaudit syarikat yang diluluskan dalam erti Akta Syarikat 1965;

"kaedah-kaedah pasaran komoditi" ertinya kaedah-kaedah yang mengawal perjalanan pasaran komoditi yang berkenaan atau orang-orang yang berdagang kontrak hadapan komoditi dalam komoditi atau komoditi-komoditi yang berkenaan, walau apa jua namanya kaedah-kaedah itu disebut dan di mana jua ianya terkandung;

"kemungkiran", berhubungan dengan kegagalan seorang peniaga atau seorang anggota untuk menunai-kan obligasi undang-undang, ertinya kemungkiran yang timbul dari sebarang pecah amanah, salahguna, tipuan atau salahbuat yang dilakukan oleh seorang peniaga, wakil peniaga atau anggota atau oleh mana-mana jua pengarah, pekongsi atau pekerja, mengikut mana yang berkenaan, kepada peniaga atau anggota yang tersebut berkenaan sebarang wang, kontrak hadapan atau hartaharta lain seseorang kelayan kepada peniaga atau anggota itu;

"kontrak hadapan" ertinya sesuatu kontrak atau opsyen atas sesuatu kontrak yang disempurnakan di mana-mana bursa komoditi untuk membeli atau menjual komoditi untuk serahan hadapan;

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya Dagangan Komoditi yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;

"Kumpulan Wang Pampasan" ertinya kumpulan wang pampasan yang ditubuhkan di bawah seksyen 80;

"Lembaga Pengurusan" ertinya lembaga pengurusan bagi syarikat bursa;

"Menteri" ertinya Menteri yang buat masa sekarang adalah bertanggungjawab bagi dagangan hadapan komoditi;

"obligasi undang-undang" termasuk sesuatu obligasi yang timbul di bawah sesuatu kontrak, kuasi-kontrak atau amanah (termasuk sesuatu amanah konstruktif);

"orang berdaftar" ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang peniaga, wakil peniaga, penasihat dagangan komoditi atau wakil penasihat dagangan komoditi, mengikut mana yang berkenaan;

audit syarikat yang t 1965;

ti" ertinya kaedah pasaran komoditi yang berdagang n komoditi atau n, walau apa jua t dan di mana jua dengan kegagalan ta untuk menunai-kemungkiran yang salahguna, tipuan seorang peniaga, eh mana-mana jua engikut mana yang gota yang tersebut adapan atau harta-da peniaga atau atu kontrak atau disempurnakan diembeli atau menin;

Kumpulan Wang ing ditubuhkan di ertinya kumpulan bawah seksyen 80;

nbaga pengurusan at masa sekarang gangan hadapan k sesuatu obligasi ak, kuasi-kontrak nah konstruktif);

yang didaftarkan g peniaga, wakil oditi atau wakil gikut mana yang

"pasaran komoditi" ertinya suatu tempat yang disedia dan disenggara oleh syarikat bursa bagi memperdagangkan komoditi pada amnya atau khususnya, sama ada di bawah kontrak hadapan atau secara lainnya;

"penasihat dagangan komoditi" ertinya seseorang yang bertindak sebagai penasihat dagangan komoditi dalam erti seksyen 34 dan yang didaftarkan sedemikian di bawah Akta ini;

"pengarah" termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan dengan apa jua nama dipanggil dan termasuklah seseorang yang mana arahan atau petunjuknya pengarah-pengarah sesuatu perbadanan itu lazim bertindak dan termasuklah juga seseorang pengarah silih ganti atau ganti;

"peniaga" ertinya seseorang yang bertindak sebagai peniaga dalam erti seksyen 33 dan yang didaftarkan sedemikian di bawah Akta ini;

"perbadanan" ertinya sesuatu pertubuh perbadanan yang ditubuh atau diperbadankan atau yang sedia ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat asing tetapi tidak termasuk—