Malaysia legislation

Section 31

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 31

(1)

Walau apa pun peruntukan lain dalam Akta ini, tiada seorangpun boleh dengan apa jua cara mentransaksi apa-apa perdagangan kontrak hadapan komoditi dari jenis yang dinyatakan dalam arahan di bawah seksyen 26 atau 28 dalam masa tempoh penggantungan perdagangan itu atau dalam masa penutupan bursa komoditi itu di bawah seksyen 27.