Malaysia legislation

Section 32

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 32

(1)

Jika perdagangan dalam sesuatu komoditi digantung di bawah seksyen 26 atau 28 atau jika bursa komoditi ditutup di bawah seksyen 27 bagi menjalankan transaksi apa-apa perdagangan kontrak hadapan komoditi, Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, dalam masa tempoh penggantungan atau penutupan itu, mengambil apa-apa langkah yang mungkin perlu untuk memastikan bahawa premis bursa komoditi yang diperuntukkan bagi menjalankan transaksi perdagangan itu adalah berkunci dan cukup selamat.