Malaysia legislation

Section 47

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 47

(1)

Mana-mana orang yang bagi maksud mendapatkan pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran di bawah Bahagian ini, sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, membuat apa-apa representasi, sama ada secara bertulis atau secara lisan, yang dia ketahui adalah palsu atau mengelirukan mengenai sesuatu butir material adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.