Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(a)
menyebabkan supaya disimpan apa-apa rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang akan menghuraikan dengan cukup transaksi-transaksi dan mencerminkan kedudukan kewangan urusan berdagang kontrak hadapan komoditi yang dijalankan olehnya dan yang membolehkan akaun-akaun untung-rugi dan kunci kirakira yang benar dan saksama disediakan dari semasa ke semasa; dan
(b)
menyebabkan supaya rekod-rekod itu disimpan dengan sedemikian cara untuk membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1), seseorang peniaga hendaklah menyebabkan supaya rekod-rekod itu disimpan—
(a)
dengan secukup lengkap untuk menunjukkan butir-butir—
(i)
semua amaun yang diterima dan dibayar oleh peniaga, termasuk amaun yang dibayar kepada dan digantibayar dari akaun terasing;
(ii)
semua pembelian dan penjualan kontrak hadapan yang dibuat oleh peniaga, dan bayaran serta kredit yang berbangkit daripadanya; dan a masa meminda lehnya di bawah memotong nama ah menyebabkan in itu disiarkan jika konteksnya telayan" ertinya g peniaga men-ntrak hadapan apa-apa rekod od yang akan transaksi-tran-ukan kewangan lapan komoditi ang memboleh-dan kunci kira-disediakan dari od itu disimpan membolehkan sepatutnya.
na subseksyen babkan supaya menunjukkan a dan dibayar naun yang di-ntibayar dari ualan kontrak peniaga, dan g berbangkit
(b)
dengan secukup lengkap untuk menunjukkan secara berasingan butir-butir mengenai semua transaksi oleh peniaga dengan, atau untuk akaun—
(i)
kelayan peniaga itu; dan
(ii)
peniaga itu sendiri.
(3)
Seseorang peniaga hendaklah memegang simpan—
(a)
selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, rekod-rekod yang disimpan mengikut seksyen ini; dan
(b)
selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun—
(i)
satu naskhah tiap-tiap satu kontrak hadapan yang dibuat olehnya sebagai ejen seseorang kelayan; dan
(ii)
tiap-tiap satu kontrak hadapan yang diterima olehnya atau dibuat atas dirinya sendiri sebagai prinsipal.
(4)
Rekod-rekod yang dikehendaki disimpan oleh seseorang peniaga mengikut seksyen ini hendaklah disimpan sama ada dengan membuat catatan-catatan dalam suatu buku berjilid atau dengan merekodkan atau menyimpan perkara-perkara yang relevan itu dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pesuruhjaya, dan apa-apa jua yang dicatat, direkod atau disimpan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dilaksanakan oleh peniaga itu atau dengan kuasanya.
(5)
Peniaga hendaklah mengambil langkah-langkah pengawasan yang munasabah untuk memperlindungi rekod-rekod itu daripada pemalsuan dan kerosakan atau kehilangan dan untuk memudahkan diketahui akan apa-apa pemalsuan.
(6)
Mana-mana peniaga yang, tanpa sebab yang munasabah, melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya.
(7)
Jika, dalam mana-mana rekod yang disimpan mengikut seksyen ini, seseorang bersengaja—
(a)
mencatat, merekod atau menyimpan, atau menyebabkan supaya dicatat, direkod atau disimpan dengan apa jua cara selainnya apaapa perkara yang dia ketahui sebagai palsu atau mengelirukan mengenai sesuatu butir material;
(b)
membinasa, menghapus atau memalsukan, atau menyebabkan supaya dibinasa, dihapus atau dipalsukan, apa-apa perkara yang dicatat, direkodkan atau disimpan; atau
(c)
tidak mencatat, merekod atau menyimpan apaapa perkara dengan niat hendak memalsukanrekod-rekod atau mana-mana bahagian daripadarekod-rekod yang dimaksud hendakdisusun dari perkara itu, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.