Malaysia legislation

Section 64

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 64

Kecuali sebagaimana yang perlu bagi menguat-kuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini atau setakat mana yang dikehendaki bagi maksud-maksud sesuatu prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, seseorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 59 atau 60 atau seseorang pekerja bagi juruaudit itu tidak boleh memberitahu apa-apa maklumat yang mungkin sampai kepada pengetahuannya semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai juruaudit atau pekerja itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada manamana orang lain daripada—

(a)

Menteri atau mana-mana orang yang diluluskan atau ditetapkan oleh Menteri;

(b)

Pesuruhjaya; dan

(c)

dalam hal seseorang pekerja, juruaudit yang mengambil kerja pekerja itu.