Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Jika di bawah seksyen 66 Suruhanjaya telah menetapkan sesuatu had, tiada seorangpun boleh—
(a)
secara langsung atau secara tak langsung, membeli atau menjual atau bersetuju untuk membeli atau menjual, di bawah kontrak hadapan bagi komoditi tertentu itu di dalam, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah, pasaran komoditi yang pemberitahuan itu terpakai baginya, seberapa banyak komoditi tertentu itu dalam manamana satu hari urusan yang melebihi apa-apa had dagangan yang ditetapkan bagi satu hari urusan atau lain-lain tempoh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya; atau
(b)
secara langsung atau secara tak langsung, memegang atau mengawal suatu kedudukan jangkanaik bersih atau jangkaturun bersih dalam komoditi tertentu itu untuk serahan hadapan di dalam, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah, pasaran komoditi yang berkaitan itu melebihi apa-apa had kedudukan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya untuk atau berkenaan dengan komoditi tertentu itu.